Saturday, May 31, 2008


Hari neh aku paste beberapa citer lawak yg aku rompak dr forum kesayangan aku tuh.hehe.sila lah bc.manalah tau korg tgh dilanda gundah gulana.bolehlah ceriakan harimu..

Wanita cantik and seksi gitu

Seorangwanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan .Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.
Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Inggeris: Sama², tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Inggeris: Tidur dengan aku….
Wanita: Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris: Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan aku…
Wanita: Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis: Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.Dari tingkat 50, 40.. dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu.Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yangmenyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orangtersebut.Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanit a itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda..
Lelaki Arab: Astaghfirullah… (lalu melepaskan semula wanita itukerana terkejut..)

Ajalmu belum tiba lagi....

Seorang pengembara di pendalaman Amazon tiba-tiba dikepung sekumpulan karnibal.
“Oo… Tuhan matilah aku,” bisik hatinya.
Tiba-tiba terpancar kilat cahaya dan terdengar suara bergema:
“Tidak anakku…, ajalmu belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala ketua mereka yang berdiri di depanmu.”
Si pengembara itu pun mengambil batu dan menyerang ketua kumpulan
itu dan mengetuk kepala ketua itu sekuat hati sehingga mati.Dia berdiri di sisi mayat si ketua. Seketika kemudian 100 orang primitif itu mengepungnya dengan muka yang sangat marah atas kematian ketua mereka.Kilat dari langit itu muncul lagi dengan suara menggema:“hah, sekarang… baru ajalmu tiba anakku….”

Akibat Terlalu lama dengan kalkulator

ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya lak menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...

Bil Telefon Melambung...

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!...



0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...