Friday, October 31, 2008

~hati seorang wanita~

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku…..
Si tulang bengkokYang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, UbudiyyahAkal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!
~zaujah_mutiara~
(diambil dari http://mencari_sinar.blogspot.com/2005/08/bicara-hati-seorang-wanita-fasa-1.html)




Ramai yang berkata hati seorang wanita itu misteri..
Wajah terpapar keceriaan tapi jauh di lubuk hati terusik jua naluri kewanitaan. Diri diuji dengan dugaan namun kekuatan dan ketabahan jadi sandaran.

Walaupun aku dihimpit dengan dugaan peperiksaan yang bakal menjelma, namun ingin rasanya aku lakarkan sedikit coretan jiwa yang selalu bermain di minda ini. Kesabaran dan kekuatan yang aku kumpul selama ini, ada kalanya tidak tertanggung rasanya. Namun untuk mengalah jauh sekali kerana bukan mudah ku temui permata berharga ini. Ya Allah..hambaMu ini lemah namun aku pohon kepadamu..Kau datangkanlah kekuatan jiwa ke dalam hatiku, agar kasih ini tidak sehingga melupakanMu..Andai dia jodohku kau dekatkanlah kami..Jika tidak kau kuatkan hati kami agar menerima takdirMu dengan hati yang redha..

Kepada teman-teman yang disayangi..semoga peperiksaan kali ini menjadi satu titik berharga untuk kita terus maju ke hadapan

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...