Tuesday, July 07, 2009

love letter for my parents..


buat mak..
terima kasih kerana bersabar dalam mendidik dan mengasuh kami.mengandungkan kami selama 9 bulan dengan kesakitan yang ditahan..mempertaruhkan nyawa ketika membenarkan kami lahir melihat dunia ini, menukar lampin kami, menyuapkan kami ketika lapar dan menidurkan kami dengan alunan suara yg paling indah dalam dunia.terima kasih mak kerana bertahan dengan karenah kami dalam proses utk menjadi seorang dewasa..terima kasih mak kerana sentiasa mendoakan kejayaan kami,kesihatan kami..pohon maaf andai tingkah kami sering kali membuat hati mak terluka..tiada niat di hati kerana hidup ini tidak bermakna tanpa kasih mak..

buat abah..
terima kasih kerana mengorbankan masa dan hasil keringat abah demi membesarkan kami.kami tau ada tingkah kami membuat abah kecil hati walaupun abah tidak menzahirkan dengan kata2..terima kasih kerana tanpa jemu menghantar kami ke sekolah, ke pusat tuisyen kerana hendak kami menghargai apa itu ilmu..terima kasih kerana memahami kehendak kami dlm menentukan hala tuju hidup kami..terima kasih kerana bersabar dengan sikap kami yg tidak menentu..dan terima kasih kerana mendidik kami dgn tegas agar tidak melupakan Allah dan suruhanNya..

terima kasih mak dan abah..kakak, angah, asya dan arif akan buktikan yg kami akan bw mak dan abah segulung ijazah dan kejayaan utk membuatkan mak dan abah tersenyum gembira…love mak abah so much!!

0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...