Saturday, August 30, 2008

hari kemerdekaan kian tiba..


wah!dah lamanya aku tak update.setiap kali aku buka mesti aku malas tul nak menaip.ish mehlah aku luang masa skit menaip kat laman web kesayangan aku neh

mggu neh busy sangat2.maklumlah nak uruskan hal program hubungan etnik aku tuh.banyak tul benda nak kena settle.nak rehat pun mcm tak sempat jer.ditambah lagi dengan assignment yang nak kena anta mggu depan.sempat ke haku neh.ish!hopefully sempatlah..dah taip sikit dah.neh idea x mo kuar2 neh.kuarlah dikau...hehe

oh ye skrg kat kolej kediaman aku meriah tul dengan pelbagai aktiviti sempena nak merdeka neh.paling best diorg sibuk buat bendera Malaysia dengan gunakan tempurung kelapa.masuk malaysia book of record lagi.bangga aku sebagai warga KHAR walaupun aku tak tolong.hehe.bukan apa betul2 x sempat ar.banyak tul urusan hubungan etnik aku neh.takpelah..tahniah lah pada mereka2 yg bertungkus lumus buat bendera neh.aku duk kat tingkat 8 nampaklah betapa cantiknya bendera tuh...

tadi pas makan jalan2 jap kat kawasan jualan sekitar kolej.dapatlah ambik gambar sekeping dua.hehe.syok tul suasana mcm neh.meriah!




pandangan dari atas.cantik kan?



bersama teman2 karib di sini..

Wednesday, August 20, 2008

hipokrit!

Salam..hari ni aku nak menulis dalam bentuk lain boleh?
menulis mengenai persahabatan...dalam dunia ni ada 2 jenis sahabat.ada yang masa senang bersama tetapi bila susah ntah ke mana.yg kedua sanggup setia walau ditimpa musibah,kasih seorang sahabat tetap utuh..

namun senang ke mencari seorang sahabat seperti yang kedua?ah..ms perlukan kita manisnya muka..enaknya tutur bicara.namun bila bencana melanda diri,mana pergi keikhlasan seorang sahabat?bukankah saat ini kita perlukan sahabat utk kita luahkan kata hati utk disandarkan bahu menenangkan diri

ah!aku benci dengan manusia talam dua muka atau hipokrit ini!benci!kenapa bila diri ada masalah,mereka yang mengaku "kawan" menyembunyikan diri dengan alasan tidak mahu masuk campur?atau dengan alasan takut jd mangsa?ah betapa hinanya manusia ini..

aku sedih dgn masyarakat di sekelilingku skrg..mana pergi sahabat2.hanya kerana kata dusta dan fitnah yang terucap dari bibir2 wanita durjana ini,semua hilang??lupa ke pd jasa empunya mangsa yang tak jemu2 menaburkan bakti seikhlas hati??kenapa perlu menjadi musuh dalam selimut?

aku sakit hati..apabila insan yang sangat aku sayangi menjadi fitnah orang seolah2 dia lah paling jahat di dunia..cerminlah diri dulu wahai manusia..apakah lengkap perilaku?lihat pd keluarga anda dulu sebelum lemparkan caci makian kepada kami..

kepada insan yang amat aku sayangi ini..bersabarlah sayang..Allah saja yang tahu kebenarannya..kita tggu dan lihat

Sunday, August 10, 2008

sekian lama..

salam semua..

dah lama rasanya jari ini tidak menari di papan kekunci ini dengan meloretkan isi hati yang dah lama aku kumpul.sedar tak sedar dah sebulan aku berada di kampus impian aku neh,di UPSI.ish dah jd senior dah haku.hehe.tapi baru sem 2.namun masa aku rasa tersangatlah pantas..ish..dengan tugasan yang makin menimbun..dan makin bertambah.ditambah lagi hujung bulan neh aku kena wat program di rumah anak yatim.aku teruja sebenarnya..dah lama aku simpan hasrat nak ke rumah anak yatim.,menyelami hati mereka dan alhamdulillah dengan izin Allah..melalui program Hubungan Etnik neh kami akan sampai ke sana..doakan semoga berjalan dengan lancar.sebab aku dengar cerita banyak masalah nak ke sana.entahlah..doakan niat murni kami dipermudahkan oleh Allah..

dan oleh kerana dah lama aku x "kemas" rumah aku neh,angah cakap rumah aku neh bersawang.ish..aku bukan malas tapi busy tul.ish.course aku neh yang terbanyak kredit di UPSI.ish..can u imagine?dgn x ada minor..tapi aku berharap semoga aku terus dikurniakan kekuatan.

tadi mcm bnyk idea nak aku coretkan tapi almaklumlah dah ptg2 neh,mcm xnak kuar jer.hehe
so nantilah aku bnyk idea aku tulis di sini lagi.

sayonara...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...