Wednesday, December 31, 2008

lantera timur-siti nurhaliza


fuh!hot betul lah hari neh.wp kadang2 mcm nampak nak hujan
panas ke hujan semua datang dr Allah.Syukur aku sebab duk kat Malaysia ni walaupun takde salji untuk dimain2 kecuali korg gi Genting lah,tetapi panas dan lembab sejuk sepanjang tahun membuatkan cuaca Malaysia agak seimbang.tapi dunia semakin panas..dahlah semakin panas dengan perubahan cuaca tetapi panas2 dengan sikap manusia yang sekadar menumpang di bumi Allah..lihatlah apa yg Israel lakukan pada rakyat Palestin??sangat kejam.ah!rakyat Malaysia pun apa kurang bunuh orang sana sini macam nyawa tu dia yang punya..

er..actually aku nak review pasal album ct sebenarnya.hehe.wei!i love this album very much.bukan sebab dia artis kegemaran aku but kerana dengar album dia aku jatuh hati dengan irama tradisional sebenarnya.sebab tu kwn2 aku gelarkan aku old timer.hehe.so sementara aku siap download citer ghost better aku isikan masa lapang aku yang makin kurang neh dengan sedikit ulasan mengenai album ct terbaru LANTERA TIMUR.

apapun sebelum aku ulas,aku nak bg tau di sini aku bukanlah faham mengenai muzik.aku suka dgr lagu but bukan aku tau sangat jenis2 lagu.ok?

Lantera Timur

cover:superb!aku rasa inilah cover album ct yang paling cantik selepas prasasti seni.ala2 minah arab gitu walaupun tudung ct tak serupa tudung.hehe.booklet nya mmg cantik.x yah poster pun x apa.gambar2nya mmg cantik.pastu ada kaitan dengan lirik.mmg cantik.terpegun aku.apatah lagi datuk k kan?haha


Di Kayangan Kita

lagu ni dimulakan dengan mainan gambus(am i rite?).intronya agak slow sikit.liriknya unik dan best.nak kata minat lagu ni oklah.cuma x adalah nak repeat memanjang.hehehe.apapun vokal ct agak tggi dalam lagu ni.apapun best untuk dilayan.
3.5/5 bintang

Bintang Malam

aku suka sangat lagu ni.suara ct pun agak nakal.hehe.lagu ni ala2 muzik cina sikit.kalau wat tarian sapu tangan atau kipas pun leh kot.eh global tuh.muziknya unik.rasa mcm nak menari jer.hehe.serius!lagu ni mmg sedap bangat.siap ada bunyi ct gelak dan cengkerik gitu.
5/5 bintang

Cinta Ini

aku suka masa intro lagu ni.kedengaran agak misteri dan menggoda.haha.nasib baik ada bunyi seruling dan alat muzik tradisional sebab lagu ni agak kedengaran balada sikit.wp dicipta oleh komposer indon tapi takde dengar bunyi indon.maybe gubahan muzik oleh aubrey suwito menjadikan lebih kedengaran Malaysia.love dis song very much!
5/5 bintang

Ada Masa Mata

lagu yang agak ringan tapi sangat menarik.ala siam2 sikit dan ct bnyk bermain dengan vokalnya dalam lagu ni.lirik pun mudah difahami.aku suka lagu mcm ni sebab tradisional yang agak ringan
ni pun satu lagi lagu feveret aku.
5/5 bintang

Bulan Yang Mesra

sapa yang suka ala2 lagu Seri Mersing,Bunga Melor sesuailah.apapun walaupun terlalu tradisional lenggoknya tapi aku tetap suka.very classic and unic!nak buat lagu sebagai teman tido pun mmg lehlah sangat.
4.5/5 bintang

Seloka Budi

Di Taman Teman

Jelmakanlah Ayumu

Senyum Minang Manis

Rasa Antara Kita

(malam kang update balik)

Tuesday, December 30, 2008

adat hidup

Dah lama rasanya aku tak menulis kat blog aku neh.malas?huhu.mmg aku malas walaupun aku hari2 menghadap pc.takperlah selepas perut aku kenyang ni lehlah aku tuliskan sesuatu.aku ingat nak review album ct nurhaliza yg baru neh, tapi oleh kerana perut kenyang sgt so nak kuar ayat2 power(powerlah sgt..) takleh lagi

waaaaaa!mggu ni last aku berada di rumah dan beristirehat.huhu.sebab sabtu ni aku akan kembali sebagai pelajar sem 3 wooo!cepat kan masa berlalu.sebab tu aku kata 4 tahun x lama bg kami yg belajar ni sebab dengan tugasan dan kuliah yg padat rasa tak terkejar masa.lagipun kalau dikiranya sebenarnya aku belajar 2 tahun setengah jer.x caya.ok dlm setahun kan ada 2 sem.satu sem ada cuti sebulan dan satu sem lagi 2 bulan.sp 2+1=3 bulan x 4= 12 bulan iaitu setahun.hah!setahun jer dah dikira cuti tau.so tinggal 3 tahun.3 tahun lak tolak satu sem sbb praktikal tggl 2 tahun setengah.hah!betul x?hehe.apapun aku x kisah yg penting pengajian aku tamat dengan cemerlang.

alhamdulillah..keputusan aku ok cuma jatuh sikit berbanding sem lepas.adalah juga beberapa subjek aku x puas hati.yelah final aku rasa senang.ish..kecewa gak.tapi aku harus kuat sebab sem depan lagi bnyk cabaran.yelah wei..dengan takdenya study week sakit woo.sedangkan hak student tuh.so aku kena didik diri aku ni agar study awl dan bukan last minute.ye ker?hehe

sem depan juga aku akan menyewa rumah dengan sahabat karibku di UPSI.nak difikir balik mmg lagi baik tggl kat hostel cuma dr segi membuat tugasan lagi mudah aku rasa kalau aku sewa umah.leh masak sama2.hehe.kalau rajinlah.mcm2 dan aku beli dan dibelikan.thanks dear..

oh yer tahniahlah kepada mawi dan ekin kerana sampai juga ke jinjang pelamin.yelah mcm2 fitnah diorg kena.tapi ms kawin mcm2 kontroversi aku dengar.antaranya isu wartawan dihalang masuk ke masjid.nasihat aku kepada yg lain2 yg nak bg hak eksklusif (camana nak eja yer?), kalau nak majlis tu lebih bersifat esklusif, janganlah buat kat masjid.kenalah pk masjid kan hak awam bukannya hak ekslusif mana2 pihak.ni nak masuk kena pakai tag ke?ish.jgn plh masjid tapi pilih tempat yg bukan tempat awm.tempat mana?pandai2lah cari sendiri.
perkahwinan ni satu perkara yang mulia dan secara peribadi aku rasa satu kesilapan mawi bg hak besar tu kat astro.yelah hal kawin pun nak kena sms ke 32999 ker?hai..mmg raja sms betul..

oklah malam kang kalau aku rajin aku nak review album terbaru ct.sebagai intro ingin aku nyatakan yang aku sangat puas hati dengan album ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...