Tuesday, July 07, 2009

love letter for my parents..


buat mak..
terima kasih kerana bersabar dalam mendidik dan mengasuh kami.mengandungkan kami selama 9 bulan dengan kesakitan yang ditahan..mempertaruhkan nyawa ketika membenarkan kami lahir melihat dunia ini, menukar lampin kami, menyuapkan kami ketika lapar dan menidurkan kami dengan alunan suara yg paling indah dalam dunia.terima kasih mak kerana bertahan dengan karenah kami dalam proses utk menjadi seorang dewasa..terima kasih mak kerana sentiasa mendoakan kejayaan kami,kesihatan kami..pohon maaf andai tingkah kami sering kali membuat hati mak terluka..tiada niat di hati kerana hidup ini tidak bermakna tanpa kasih mak..

buat abah..
terima kasih kerana mengorbankan masa dan hasil keringat abah demi membesarkan kami.kami tau ada tingkah kami membuat abah kecil hati walaupun abah tidak menzahirkan dengan kata2..terima kasih kerana tanpa jemu menghantar kami ke sekolah, ke pusat tuisyen kerana hendak kami menghargai apa itu ilmu..terima kasih kerana memahami kehendak kami dlm menentukan hala tuju hidup kami..terima kasih kerana bersabar dengan sikap kami yg tidak menentu..dan terima kasih kerana mendidik kami dgn tegas agar tidak melupakan Allah dan suruhanNya..

terima kasih mak dan abah..kakak, angah, asya dan arif akan buktikan yg kami akan bw mak dan abah segulung ijazah dan kejayaan utk membuatkan mak dan abah tersenyum gembira…love mak abah so much!!

Thursday, July 02, 2009

waaa..khamis dah ke?

minggu ni last aku merehatkan bdn dan minda aku di rumah selepas 2 bulan.waaa..cepatnya masa tu berlalu.dahlah report ROS x siap lg.haha.oh Tuhan..malas tahap giler aku ni.biasalah duk umah mmg mcm ni.sebab kalau duk ngan kwn2 psiko sikit bila tgk kwn khusyuk wat keje.ahaks

waa..ada beberapa perkara yg x dapat aku buat lagi.antaranya:

1) x dpt tgk citer the good old days

-citer kegemaran aku zaman kanak2.tgk2 dah umur 24 citer neh ada balik!dahlah mggu ni ho sang balik.waa..nasib baik sempat tgk bibit2 pertemuan diorg balik.btw aku pun x ingat sangat jln citer neh.tapi aku mmg suka gila citer nih.tv kat umah pun dapat tv3 dan tv2 jer.waaa..x bestnya

2)x dpt tgk the nanny


-tetiba aku gila ngan citer neh.ahaks!pikir balik ada ke majikan nak upah pengasuh yg begitu cantik,seksi,menggoda.haha.nasib baik lah majikannya bujang.tapi mcm pelik je sebab dah 6thn duk serumah br majikan dia suka kat fran.iman kuat tul dia ni.haha


3)x dpt gi mall sana sini
-ms study serius aku kuar jalan sekali je jalan2 kat mall setiap sem.tu pun gi mid sebab nak gi mph.mana ada nak kuar sana sini.sibuk giler 3 sem lepas.maybe sebab ada koku sabtu kot.apapun sem ni x ada ko dah.haha.suka aku

4)x dpt santai ngan family
-best tul duk umah sambil layan tv,borak2.makan2(mmg aku semakin chubby.waaaaaaaaaaaaaaaaaa)


5) x dapat gayut dgn abg mcm kat umah
-beza woo.kat umah dan kat bilik aku sendiri,aku leh ckp tanpa cover suara dan leh gaduh puas.haha.no wonderlah bangun pg mata aku bengkak.hehe.kalau kat umah sewa seganlah..kang diorg dgr aku borak kang..segan woo..wp topik perbualan biasa2 jer.ahaks!

apa lg ek?mcm2 lah..apapun utamakan niat.ye tak?sedar x sedar pengajian aku berbali 2tahun setengah lagi.sekejap je ms tu.dan jgn tanya pasal kahwin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...