Friday, October 30, 2009

majlis anugerah dekan

waaa!! hari semakin dekat.paper membunuh akan melanda minggu depan.tetiba rasa mcm x study habis.lbh2 lagi negara bangsa.Ya Allah kuatkanlah hati ini..

Tapi bukan ini yg aku nak cerita..

semalam dalam kesibukan study aku terpaksa attend satu majlis yg dh lama aku idamkan tapi pada kali ini aku x harapkan dilakukan pada waktu ini iaitu majlis anugerah dekan.hehe.yelah..dibuat ms study week.xperlah..maybe takde tempat yang sesuai.nak buek camano.

so ptg before majlis malam tu ada rehearsal.aku sebenarnya malas sgt nak pergi.yelah otak fikir study yg x hbs2.tapi xperlah..org dah penat2 wat utk kita bglah penghargaan sikit dgn dtg gak.ala..jap jer.yg jd lama sebab aku bw kak tini ngan kak wati sbg pengiring ke pejabat pos.huhu.thanks ya!
so balik jer terus gosok baju kurung moden hijau tu.semangat sungguh!haha.siap dengan selendang.ala2 raya dulu jer.siap2 dan solat terus lah ke sana.xkan nak cerita proses berjalan ke bas plak kan?haha
sampai sana amik tmpt duduk yg disediakan.tapi yg sadisnya budak2 pengajian Malaysia rmi x dtg.diorg neh..datang jerlah.kan majlis utk kita gak..berbanding ngan budak2 sejarah yg x dtg pun xlah ketara sgt.majlis dihadiri dgn dekan,timbalan dekan,pensyarah2.puan kalsum pun ada.thanks sbb sudi hadir wp x sihat.kebanyakan pensyarah pengajian malaysia dgn sejarah.

majlis dimulakan dengan bacaan sajak oleh student sejarah.best dia deklamasikan sajak tuh.teringin plak aku nak naik pentas bersajak mcm dulu.haha.jemputlah aku bc sajak.haha.perasan sungguh.pastu nyanyi lagu negaraku dan lagu ibu kandung suluh budiman serta diikuti oleh bacaan doa.

pastu ucapan dekan.ucapannya menusuk ke kalbu.ahaks!pesanannya jgn terlalu bergantung pada KPM semata2.waaa..mcm tu kena buka minda jgn nak kerja kerajaan semata2.sekolah swasta kan banyak.nsb baik course aku jenis open market.x semestinya jd guru.xperlah..janji kita ikhlas dgn apa yg kita buat, Allah akan tolong kita..yg penting anda harus benar2 ikhlas nak mendidik bukan kerana gaji semata2.cewah!x kaya pun jd cikgu.dah melalut dah ni..

pastu tibalah kita ke penyampaian anugerah..ms proses amik sijil tu laju gila.haha.mc sebut laju so semua jalan mcm kena kejar ngan kucing.huhu.aku x tggu lama sbb angka giliran aku yg ke-70.ms kat seat tu aku dah gelisah sebab usher yg jaga aku xnak lepaskan barisan aku untuk beratur pdhal hampir dekat dah.haha.smpi aku tanya "xnak bg beratur lagi".huhu

pas habis semua majlis,apa lg sesi bergmbr dgn sijil masing2.huhu.adakah aku akan naik lg sem depan..entahlah..risaulah sem neh..sgt risau.tapi belajar main2 gak.haha.aku study tau.bukan study hard tapi study smart gitu.smartlah sgt kan?haha

oklah..silalah tatap gmbr2 ini...

with my housemates..and my geng

wanita2 pengajian malaysia.kita boleh!!

Thursday, October 29, 2009

tekanan!

Steress!!
itu yg aku dpt ckp skrg
banyaknya nak kena cover
paling sakit study negara bangsa
dgn carry mark yg sikit
dgn topik yg too much!
waaa..aku benar2 stress
Ya Allah..kuatkanlah hati ini
agar dapat hadapi dgn tabah.
amin..

mggu depan 4 paper.berturut2 lak tu
dugaan tul.so cik ida..pastikan tido cukup,jgn bergayut sgt(hehe) dan tenangkan jiwa.kalau stress sgt kang aku sakit plak.mak..abah..kalau x dekan akak minta maaf ye.akak rs sem neh susah sgt..

Wednesday, October 28, 2009

karangan 3 pagi

Dalam maghrib tadi abah kol.aku menangis bila dgr suara abh.bukan tangisan sedih tapi gembira kerana tahu abah dan mak smpi dgn selamat.jap je dapat ckp.mungkin line agak kureng sikit.lagipun kos panggilan agak mahal.sms pun aku x tau berapa.x kisah sgt kalau nak sms mak abah.tapi aku xnaklah kcu ibadah diorg.bukan senang nak jejak Mekah.cuma ralat tak dapat ckp ngan mak.yelah..mak bkn sebilik ngan abah.apalah yg mak abah buat sekarang.aku doakan semoga ibadah diorg dapat dilakukan dengan baik..Ya Allah..mudahkan urusan mereka.

dah balik tanjung malim neh kenalah fokus pd study.ms balik hari tuh mana study sgt.org dtg x putus2.so tugasku ialah bancuh air.hehe.smpi nak gi pun bancuh air gak.huhu.mak order bihun goreng dan karipap utk org dtg.ada sesetengah pihak anggap benda tu x perlu.tapi aku tau niat mak mahu bersedekah sblm pergi.

pas maghrib,semua jiran2 berkumpul depan rumah.dengan org masjid dan tok imam.before kuar dr rumah,abah dan mak berdiri di depan rumah.pastu tok imam bc doa.aku neh manalah pernah anta org gi haji.ms nenek aku gi pun aku kecik lagi waktu tuh.selesai bc doa,mak abah kuar dgn kaki kanan dan terus masuk ke dalam kereta dan diminta utk tidak toleh ke belakang.aku x faham apa tujuannya.tapi maybe nak elakkan kita berat hati utk tgglkan rumah.time tu aku kat dalam rumah.so x dpt tgk muka mak abah dr depan.time tulah kuat betul air mata neh mengalir.adoi.mok dan maklong pun nangis teruk gak smbl pujuk aku.aku neh jgn dipujuk.kang makin nangis.touching lah..

ms smpi kat kelana jaya tu agak penuh dgn orang.siap bw tikar dan makanan.maybe diorg dtg dr jauh.org kata nak uruskan hal tu lama.tapi syukur..waktu tu kitorg xlah tggu lama sgt.pas amikkan pas utk mak,salam2 dan amik gambar,mak abah terus kena beratur.time tu lama gak sebab kena tggu giliran.bila tgk wajah mak abah waktu tu,nampak bersih sgt..

dalam kul 11 lbh balik rumah.apalagi aku kerjakan kain dalam bakul tuh.dahlah susah nak lena.kul 3am baru lena.bnyk sgt difikirkan..
aku dah tak mahu sedih2..aku patut doakan semoga semuanya selamat dan semoga ibadah mak abah diterima Allah..

org kata before gi,kita akan diuji
mmg mak abah diuji
diuji dengan duit.bayangkan time tulah peti ais rosak,kereta rosak,aircond rosak.
nasib abah redha jer dan x merungut.ni semua dugaan Allah..ditambah lg dgn atuk aku yg kurang sihat.

aku cuma terkilan dgn salah sorg jiranku
kerana keegoaannya tidak mahu langsung salam kemaafan dr mak
besar sgt ke dosa mak.kalau betul mak salah napa x bincang elok2
napa perlu ada cacian makian?
bukan ke kita ni org Islam?
syukur..hbgn kitorg dgn jiran India sebelah rumah kembali seperti dahulu
kalau bukan Muslim boleh sambut salam kemaafan,kenapa tidak kita sebagai org Islam.begitulah kalau kita lbh dgr dr mulut org.kesimpulannya..jika ada sesuatu yg menjejaskan perhubungan,jgn berhubung dgn org lain.terus semuka kedua2 belah pihak.mana tau ada unsur2 batu api yg semakin menjejaskan keadaan..

oklah..nak sambung study sejarah plak.sejarah neh best.tapi bukan dgn cara dibaca dan disimpan di dalam otak.tetapi harus disemai dalam jiwa..kalau x sia2 belajar sejarah.cewah!

ok.daaa!

Tuesday, October 27, 2009

lambaian kaabah


malam td sent my parents ke kelana jaya sbb nak menunaikan haji

syukur..kerana Allah telah mereka sebagai tetamu Allah di Tanah Suci pada tahun ini.nampaknya perancangan mereka ditunaikan oleh Allah..

aku gembira apabila dapat tau mereka akan ke sana.tapi dalam masa yg sama aku sedih.aku tau,,aku kakak yg paling sulung dan sepatutnya lebih kuat berbanding adik2 lain.tapi entahlah..air mata neh laju je kuar.mana xnya mak abah asyik ckp pasal wasiat hartalah..jaga adik2lah..belajar rajin2 lah..manalah aku x sedih.dahlah aku neh cepat jer kuar air mata.aku tau aku harus kuat sebab mereka pergi beribadah.tapi aku x dapat tahan air mata.asya pun aku lihat jauh lbh kuat wp aku tau dia sgt sedih..

aku xleh tgk arif.sebab sepanjang aku balik,aku tgk dia ok ajer.main game.main hp baru.rileks jer berbanding kakak dia.tapi semlm bila mak abah peluk dia to say goodbye,barulah dia nangis.mcm tu gak bila dia tgk mak masuk je ruang utama kompleks tabung haji terus dia nangis.semua org jd touching bila tgk dia.yelah..dia mana pernah jauh ngan mak abah.cuma sekali jer ms mak abah gi berkursus kat bukit tggi dulu.tu pun jap je and still leh kol.kali ni agak lama.namun aku tau arif lbh kuat dr kakaknya ini.dan aku harus kuat sebab aku nak exam dah ni.xleh too much emosional.Ya Allah..kuatkan hati ini..

buat adik2ku..
ingat pesanan mak abah..
mereka suh kita belajar rajin2..
jgn tggl solat..
jgn gaduh adik beradik
dan buat kerja rumah sama2
dan doakan kesejahteraan mereka dan dapat buat ibadah dgn sempurna..amin..

Sunday, October 18, 2009

sepanjang mggu ini

Sedar x sedar aku dah nak di penghujung sem 4 dah.kiranya dah 2 tahun aku kat sini.mcm x caya je.berbaki 2 tahun lagi..ala..jap je tuh.tapi bg org luar kalau tanya aku berapa lama lg pengajian dan bila aku jwb 2 tahun..

"mak ai..lamanya.."

kalau ayat yang paling sadis..

"tua dah nanti"

adoi..tp aku malaslah nak ckp balik.aku hanya senyum je.ala..bg org lain mmglah rasa 4 tahun tu lama.tapi bg aku yg menghadap neh tak sedar pun masa tu berlalu.kdg2 rasa x cukup ms nak settle kan semua.bukan setakat settle asmnt tapi settle kan minda aku sama ada dah penuh dgn ilmu ke belum.yelah..nak jd cikgu pengajian am bukannya senang.tapi aku x harapla nak jd cikgu tingkatan 6.mmglah mcm org bodoh tolak peluang mengajar ting 6 tapi sblm tu aku nak mantapkan pengalaman dulu.tapi kalau ditakdirkan aku terima je..cabaran tuh..

khamis malam jumaat lepas my family buat kenduri sebab my parents nak ke Mekah 26hb neh.so buatlah kenduri sikit.pasang gak dalam 2 khemah.makanan yg dimasak masa tuh ayam kampung masak gulai darat (makanan klate), kurma daging kambing (sedap gila!tapi dpt makan seketul je sebab dah hbs T___T ) dengan sambal ikan bilis bubuh petai,pastu adalah kuih2 sikit.syukur..sebab ramai gak yg sudi hadir.thanks..sorilah kwn2 pasal x dpt nak jemput semua.ingat nak jemput rakan2 UPSI especially budak umah.tapi yelah..xkan nak suh diorg ponteng kelas krn aku.tak syok plak mcm tu.xpe ye kwn2..nanti ada rezeki kita dtg mkn kat umah ida.makan nasi minyak ke.hehe.kwn yg dtg pun cuma NAD dan sepupunya.thanks sebab sudi hadir..

so sabtu pg aku dah kena balik sebab malam ada test.kalau x bertapa lg kat umah.sebab abg sepupu wat majlis dia.nak gi ari ni lglah x leh.aku ada present.sebut pasal present kelakar sikit sebab lect ckp aku mcm jd pengacara majalah 3.adoi!takleh nak ubah tabiat neh.nantilah aku praktis ckp cr brutal.hehe.

oklah..nak solat..iron baju utk esok...daaaaaaaaaa



Sunday, October 11, 2009

jalan2 ke kuala kangsar

Setelah menjahanamkan blog aku hari tu,so aku dgn rajinnya berjaya mengubah blog ini kepada yg lbh baik.tp sayang sebab ada beberapa benda aku x save.tapi aku lbh sayang blog aku yg lama tuh yg bg aku paling best ar.haha.mana x nya aku duk edit lama tuh.wakaka.tapi xpelah.padan muka aku

semlm (sabtu),abg sepupu aku kawin.so kami beramai2 berangkat ke kuala kangsar.actually aku dan family xlah attend ms nikah cuma bermlm di sana.kat rumah rehat kuala kangsar.best!sbb biliknya beso dan dapat tido ngan mak!hehe.angah dan asya sila jgn jeles.haha

so pagi2 abah kejut ajak gi bfast.aku br je nak panjangkan tido.huhu.so berangkatlah kami gi sarapan (perlu ke cerita babak neh?).arif kuat makan tul.org sepinggan tp dia dua pinggan.takpelah.nak membesar katakan.hehe

pastu gi cari maklong kat kawasan buat sayong.fuh!smpi sana habis mak borong sayong smpi kena bebel ngan abah sbb lama sgt.hehe.aku ingatkan mak je yg sakan tapi makcik wati ngan makdo pun leh tahan.maklong je kureng.yelah..menantu org kuala kangsar.kalau nak order je.aku pun belikan utk cik abe.hehe.tapi bila ntah nak pos.tgklah tahap kerajinan ku nanti.hehe.

pastu balik semula ke hotel.abah ngan arif sambung tido.huhu.aku nak tido gak tapi pk nak bersiap x jdlah.biasalah pompuan kan.tgh2 pakai selendang abah tegur "jangoknya.."waaaa terus aku x jd pki selendang.nasib mak bw tudung putih aku.apa lg terus tukar.haha.malu ar abah tegur mcm tu.hehe
pastu smpilah kita ke babak iring pengantin.abg sepupuku pakai baju tema pink.waaa..pink tuh.aku sepatutnya bw bunga telur.tapi serius..bunga telurnya berat ya amat!pastu nak alas ngan apa org panggil tu.ala2 dulang tu.aku lupa lah plak.lain kalilah ingat.hehe.last2 aku pegang dulang tu je.pakcik aku merangkap bapa pengantin lelaki yg pegang.hehe.bikin malu ajer.hehe

simple but meriah.tu je yg dpt aku katakan.wp hujan turun dgn lebatnya..dalam kul 1,mak abah bertolak ke kampung.so aku balik ngan pakcik aku.so dalam kul 7 smpi dah.malas plak nak tulis pjg2.tgk gambar jerlah.daaa...


inilah biliknya.besar tau dan bilik airnya luas.tapi murah lagilah yg kat paka tu.170 3 bilik.mana nak dapat??

inilah pengantinnya.pink gitu!
model labu sayong.ahaks!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...