Wednesday, March 30, 2011

dulu pendakwah..kini?



mencuri masa meringankan beban fikiran seketika..

jalan2 di facebook..tetiba terkilan tatkala aku menatap wajah seorg wanita yg mulanya dikagumi ramai..dakwah yg berkesan dan tutur bicara yang lembut memang mudah untuk kita terpikat..

tapi..
napa sekarang berubah?

kening dicukur...
pakaian mengikut tubuh..
tudung tidak menutup dada..
sedangkan dia adalah pendakwah
rujukan org2 jahil spt aku dlm mendapat panduan tentang sebenar2nya Islam

bagiku..tindakan ini sebenarnya menyukarkan lagi dakwah Islam sebenarnya..lihatlah..org sekarang mana nak hormat org alim agama. Teringat isu pengharaman yoga..kemudian keluarlah statement artis2 dan individu yg masih cuba nak mempertahankan "kehalalan" sesuatu yang haram.menganggap perkara itu tidak salah..fatwa dikeluarkan bukan saja2.malah tentu sekali berdasarkan kajian kepada Al-Quran dan Sunnah tetapi ada juga insan yang mengaku Islam tetapi masih nak pertikaikan.entahlah,,dunia akhir zaman..

aku pinta pada pendakwah itu..kembalilah seperti dulu...dalam wajah seorang pendakwah Islam yang sejati..

Tuesday, March 29, 2011

gift from him

salam..
so hepi today!
sbb my sweetheart hadiahkan baju,seluar dan beg
asalnya nak belikan blouse hitam
tapi mcm2 plak dia beli..thanks my dear

bila mula2 dia beli
dia ckp dia beli saiz 2 dan 3
aku pun terus buka almari dan check saiz blouse aku yg sama jenama
tgk2 saiz 4
aku mcm cuak gak kot2 kecik
pastu abg cakap muat tapi last2 dia terpsiko.hehehe
esoknya dia tukar balik..hehe plus beli handbag..hehe.bonus katanya..sabo jelah

so tadi amiklah barang tu.so sweet!!sbb buh dalam kotak bear.suka sgt kotak tu.sebab kalau letak atas almari ke x lah nampak mcm kotak simpanan sgt.hehe

so my comment:

blouse puprle saiz 2:
 haha..sgt muat and longgar k?nasib dia x beli saiz 4.kalau x aku rs gedabak giler mcm blouse hitam aku hari tu..

blouse hitam:
yg ni x try pun tau muat punya sbb yg ni lbh kurang pattern dgn baju lama.

blouse krim:
neh krim lah syg..bkn kuning.mcm blouse aku yg dulu.tapi blouse tu very sexy.haha..sbb tul2 ikut body.cari nahas je kan?hehe.er..neh sesuai pggl kemeja kot.pun sesuai.tapi kalau saiz 3 pun padan dah sbb ni longgar gak (mampus kena marah dgn abg.haha)

tshirt merah:
cantik!cuma satu je..sbb ada kolar.hehe..tapi suka lengannya..unik dan nampak lain.lehlah pki utk aktiviti koku ms praktikum nanti..

seluar:
mmmmm ni part plg sedih..ada dua seluar yg abg bg.saiz sama.tapi 1 je muat..satu lagi x lepas..arggggghh!!! dahlah mahal tu.teringat kata2 abg sblm hantar. dia ckp "kalau x muat xleh jd awek abg"..mmm aku tau nada gurau je..tapi sedihlah sbb nampak sgt aku ni x pandai jaga badan (saat tulis ni air mata dah bergenang...)maaf sayang...ida mmg x pandai sgt jaga badan..tapi ida pandai jaga hati abg kan?ida hargai semua pemberian abg dan ida sayang abg sebab diri abg dan bukan sebab hadiah2 ni..

tapi..
tetap sedih..
bila teringat...
kena gantung seluar ni.pastu berazam (plus usaha ye cikida) utk usaha pki gak seluar ni.doakan ida ye..amin

lupa!

skirt:
mcm skirt lama..cuma kainnya lbh ringan.thanks sayangku

beg:
my feveret brand..carlo rino.suka sbb shapenya.dh lama nak beg yg shape mcm ni.kemudian design utk org muda dan very sweet.thanks dear!!

thanks again my dear...

Wednesday, March 23, 2011

kenapa aku masih solo?

Ya Allah..bila aku bc artikel ni..tiba2 aku rs niat aku utk aku kawin salah..apa niatku nak kawin?ye..krn mengikut kebiasaan..krn melihat kwn2 ku sorang demi sorang nak melangkah ke alam rumahtangga..hati wanita mana tidak terusik..tapi artikel ni buat aku sejuk hati dan berfikir dgn positif.Insya Allah..setiap aturan Allah ada indahnya..


Kenapa Aku Masih Solo?



Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?
Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya.Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.
Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.
Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.
Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

sumber: ILuvIslam

shopping di alam maya

salam...
apa cikida suka buat kalau dia stress tahap gaban?
ye..cikida akan shopping x pun window shopping
tapi oleh krn tekanan cikida nih x membolehkan cikida keluar utk shopping..maka cikida telah shopping online!

haha..bahaya jd cikida ni kan?
mmg giler..ok apa ida beli hr ni?haha.x mahal lah smpi ratusan rggt pun


er..bukan model ni tapi tudung ni.haha.apapun comei kan owner kedai ni?
harga??er..tgk lain2 website sumer 29-30++
yg ni ida beli harga 25+6 rggt utk postage

cantik kan?haha

pastu beli...

haha..bukan sumer lah..dua yg kanan tu je..hehe..
puas wei nak cr yg pink neh
belek sumer blog (er..asmnt mmg bnyk..anggap sy ngah shopping ye..hehe)
sumer x ada wei..sumer sold out..
pastu kalau ada pun bila email x dibalas pun
pastu kalau balas pun ckp dah sold out.haiya..
last2  jumpa gak!suka2!
harap2 berkualiti dan cantik..

pastu blous itam.
er..sbb x ada blouse itam..hehe (confirm mak bebel)
tapi longgar ye mak..hehe.dan labuh
bukan yg putih tu (tp nak putih tu cuma saiz  x ada)
so beli yg itam neh
lawa kan?
baju dia mmg lawa2 lah..

cr kat fb Butik Jhana

Monday, March 21, 2011

tangled

yeah!
finally..dapat gak tgk citer neh
haha..sgt ketinggalan kan?
pdhal ms waktu filem2 ni meletup
x ada plak nak tgk..huhu
nak tgk..cuma x sempat nak gi wayang

so cari punya cari jumpa gak citer neh!
sgt suka!!

my comment:
citer neh lain sikit..biasa citer2 mcm neh hero selamatkan heroinnya.mcm citer rapunzel yg asal kan?tapi ni lain sikit..heroin yg selamatkan hero.hehe
ida suka keberanian dia utk lihat dunia selepas 18thn berkurung dlm menara..
ingin melihat lantern yg selalu dilihatnya setiap kali besdaynya
siapa x punya impian kan?
and i love her long hair!
siap leh bergayut dgn rambut sendiri..siap leh ikat si hero yg ceroboh menara dia tu.kuat beno rambutnya.haha..



with a longgggggggggggggggggg hair

 unik lagi citer neh wp dia diculik wanita tua yg jd ibu angkat dia tu
tapi ibu angkat dia sgt loving k.dan x guna kekerasan nak amik hati dia
betul2 guna psikologi.so lain sikitlah citer neh
cuma ms last2 tulah sbb terdesak


watak lain yg aku suka watak max (si kuda)..haha..sgt berkarisma sbg kuda tentera istana.dan chameleon.sgt comei!!wp tiada dialog tapi reaksinya pun dh wat geli hati
max



chameleon yg comei!



apapun..cantik animasinya..x kaku sgt wp hanya kartun.mcm pergerakan manusia yg cukup cantik!!

apapun i love this story!!
hope disney kuar lbh bnyk citer gini

err..am i like a child?haha
aku suka citer fairy tales mcm nih sebab time serabut dgn keje2 "kedewasaan" ni so nak rehatkan diri dgn citer alam fantasi..well!leh buat sbg bhn berangan jap kan?hahaha

oklah time to continue my task!
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

siap!


finally!
siap jua akhirnya!!
penat otak+badan
tapi nak kata fully hbs x jugak
sbb pas disemak penyelia
akan dipulangkan kembali utk dijilid
dan tentu sekali dibaiki...

hmmmm
145x2=T_T

pastu nanti 145x3xjilid=T_T

xpelah..nak belajar banyak pengorbanan
yg x tahan dua minggu nih
ada 6 benda kena settle!!
adoi..
mak.
stressssssssssssssssssssss

Sunday, March 20, 2011

jodoh lagi..

Allah yang mentakdirkan aku bertemu dgnnya..
dan hanya Allah sj yg tau adakah aku disatukan dengannya atau tidak
siapa aku nak persoal tentang hal kawin
walaupun aku bercinta lama tapi siapa yg xnak kawin kan?
cuma..hanya Allah je yg tahu
bila dan bila..

yg penting aku tahu jaga diri...
dan membataskan diri dlm hubungan ini
dan moga ia berterusan sehingga terucapnya lafaz nikah yg menyebut namaku...

Tuesday, March 15, 2011

cara nak buat page terakhir tiada page number

yes!pakcik google dh bg tau saya dah mcm mana nak delete page no utk page yang terakhir untuk kita letakkan senarai rujukan, lampiran

tutorial 3

Buang Page Number di Page yang Terakhir


lihat gambar di atas

ok..
page kiri -->page terakhir tesis korang 
page kanan -->page yang nak letak senarai rujukan dan lampiran.

jadi sasaran korang adalah hilangkan page no yang kanan tu k?

mula-mula gi kat page terakhir tesis korang.klik kat ayat terakhir korang ye (kalau boleh bawah sikit dari ayat terakhir tesis tu.

kemudian klik Page Layout > Breaks > Next Page


kemudian pada page kanan tu, korang double click kat atas page tu. nanti akan kuar mcm ni.




ok nampak x saya bulatkan yang kat atas tu?yg tulis "Link To Previous" tu.ok..klik sekali kat situ.nanti akan jadi mcm ni.Sasaran kita nak buang Same As Previous macam yang saya bulatkan kat bahagian bawah tu





ok..double klik kat tgh2 sbb korg kena buat kat footer plak

so double klik kat footer (double klik kat bawah page tu).nanti kuar macam ni



klik "Link To Previous" macam yang kita buat kat header tadi.kemudian delete page number kat page yang kosong tadi

nanti akan jadi mcm ni


so page terakhir kita tiada page no dah!
lehlah letak senarai rujukan, dan lampiran kan?
senang je..selamat mencuba!!

Monday, March 14, 2011

Buang Page No Pada Cover


Tutorial ke-2

Buang Page Number di Page Pertama

ok..bila kita masukkan cover dalam page kita sudah tentu page cover kita akan ada no page juga kan?tapi utk tesis atau asmnt, cover xleh ada page no.so mcm mana nak remove?senang je
ok cover page korang mula-mula jadi mcm ni kan?ada page no kan?
(x jelas klik je gambar tu)


2.ok..klik sahaja mana2 dalam dokumen anda.


3. Pilih Page Layout > Page Setup



4. kat bahagian Page Setup > Layout
Pergi kat "Header dan Footers"
kemudian klik kat kotak yg ada tulis "Different First Page"
kemudian tekan ok


5. gi kat page selepas cover tu dan klik je mana dalam page kedua tu.
kemudian gi kat Insert > Page Number > Format Page Numbers


6.kemudian pilih Roman Numerals dan start dengan i bukan ii 




so taraa!!
page anda jadi mcm ni


x ada page number di bahagian cover dan page kedua bermula dengan ii.
dan kandungan isi asmnt kita bermula dengan 1
semuanya dalam satu dokumen!
selamat mencuba!!


kalau utk page last sekali kita letak lampiran dengan senarai rujukan kan?
tu pun x ada page no
tggu sy tanya uncle google dulu ye!huhu

Page Number-Gabung Roman Numerals dgn Arabic Numerals

amaran!!sila duplicate file tesis anda ye kalau nak cuba.kang corrupted payah plak.


hari ni cikida nak buat perkongsian ilmu buat semua
mungkin ramai yg dah tau
tapi sy baru je tahu..hehe

selama ni buat asmnt mesti asingkan isi asmnt word lain,isi kandungan muka surat lain
tapi tu asmnt.ni tesis.bila tesis nak convert jd pdf mestilah dalam satu word je kan.so gi jumpa uncle google td belek2 dan jumpa!yes!berjaya gak..so sapa nak belajar lehlah.yg dah tau leh nak tambah mana yg kurang ye...

ok..mula2 nak explain 

Roman Numerals-i,ii,iii
Arabic Numerals-1,2,3

so jgn keliru ye..

ok ada dua tutorial sy nak share dgn anda..

1. Gabungkan Roman Numerals Dan Arabic Numerals Dalam 1 Dokumen Word

1.Mula-mula gi kat Bab 1 tesis korg.pastu gi kat atas pilih Page Layout>Breaks>Next Page


2.pastu atas page tadi akan kuar page kosong mcm ni


3. kemudian klik page yg ada "Bab 1" tu.kemudian gi Insert>Page Number>Format Page Number


4. kemudian gi kat  Start at dan pilih 1 kemudian tekan ok


5. kembali semula ke page yg kosong tadi,klik je mana2 dalam page tu.kemudian insert page number>pilih page number yg jenis roman dan start dengan no ii (sbb cover page no 1 tapi cover page x ada nombor)


so nanti page korg jd mcm ni.nampak x bezanya?yg kiri no roman dan yg kanan arabic



senang je kan?
nak selamat korang buat duplicate tesis korg kalau nak cuba.kang x jadi pastu dokumen corrupted kan susah.


klik gambar kalau nak lebih jelas


tutorial kedua menyusul kejap je lagi!!

perjuanganku..

kalau 3 tahun aku mampu berusaha walau pelbagai cabaran dan halangan..
yang menjejaskan emosiku..
yang adakalanya mengeruhkan persahabatanku..
sudah pasti aku mampu melalui saat-saat akhir ini..

Ya Allah
berikan aku kekuatan agar dapat selesaikan semester ini dgn cemerlang
agar aku dapat menggapai hasrat murniku
untuk menjadi seorang guru...

amin...


dalam hidup ni banyak impian selain mendapat keredhaan Allah..

nak jd cikgu yg berjaya 
nak jadi isteri yg mithali
nak jadi ibu yang berjaya didik anak2nya

aku sedar..aku peroleh semuanya lambat
x mcm org lain
yg sebaya aku dh hbs belajar lama dah.siap gaji penuh poket dah
aku?masih harap duit elaun dr abah
kawin?kwn2 rapat ms diploma sumer dh kawin,ada yg br tunang,ada yg nak kawin,ada yg dah ada anak dua tiga org
aku?masih di sini mengejar ilmu dgn si dia masih di sisi

tapi..
aku tau..aturan Allah adalah aturan yg terbaik
bersabarlah hati..masaku akan tiba jua..moga diri ini terus tabah hadapi pelbagai dugaan mendatang

amin..

Sunday, March 13, 2011

budaya meminta-minta

hari tu ms dlm kelas isu2 kurikulum
cikgu (gelaran utk lect kitorg) ckp..

"jangan ajar anak2 korg meminta..dan konsep duit raya tu x betul..kalau anak korg dapat duit raya..amik duit tu..kalau diorg nak gak duit tu suh diorg buat apa2 keje mcm urut bdn ke..cuci kete ke pastu baru bagi"

yeah!terfikir betul juga
sebab skrg ni dah jd budaya
kalau raya datang rumah org bkn sbb nak raya tapi nak duit
ye..kita pun pernah buat benda yg sama
tapi smpi bila budaya nih dah diteruskan?

lect aku citer lagi
masa dia kat britain..time krismas dia bg duit kat anak kwn dia
tapi bukan dapat terima kasih tapi kena mrh dgn bapa budak tu.huhu
bapa tu ckp jgn bg..dia sendiri boleh bagi
see?wp bnyk buruk budaya barat neh tapi dr segi tu diorg bagus
sbb tu diorg x bnyk rasuah
sebab minta meminta ni bkn budaya diorg

ye..kitorg adik beradik mmg untung
nak duit?cakap je..tapi kalau pikir balik,aku xkan minta tanpa sebab
aku minta bila aku betul2 perlu pakai duit
macam utk tujuan belajar ke..ptptn mana cukup
tapi at least aku minta dgn abah je..Insya Allah..aku akan jd anak yg kenang budi
xkan dilupa jasa abah keje teruk+mak yg menjadi ibu yang cukup baik

so..i love that tips from my lecturer tu
kalau ada anak jgn ajar diorg duk gi umah org minta duit raya

apapun hepi besday to my mom
moga mak sentiasa bahagia
akak sayang mak sgt2!!!
 
sama x muka kitorg?huhu.sayang mak!!



addict to fb?oh no!!

bila lecturer sebut pasal fb dlm kelas, tiba2 ada suara kedengaran
"cikida..cikida"
erk..terkedu aku

pastu bila dh lama x jumpa member kelas (kelas bnyk x sama)

aku: wei..dh lama x jumpa ko lah
dia:haah..aku pun tau pasal ko pun kat fb

erk kali kedua

adakah aku sudah dianggap addict?haha
adoi..neh duk sibuk wat tesis sempat lg jeling fb
hahaha..mmg addict lah
nak wat camana aku mmg giler internet since sekolah
sejak zaman dial up..irc..kampungchat..ym..friendster
so skrg fb..mmglah..fb ni bahaya sggh lah
kalau dulu buka internet 1st thing aku buat adalah check email
tapi skrg??aku nak saman founder dia lah mcm ni!haha



haha..x adalah smpi tahap neh kot


tapi nak salahkan teknologi pun x leh gak
coz..i love technology so much!
bnyk info aku leh dapat
tapi terlalu addict pun bahaya gak kan?rosak masa depan aku nanti.haha
so skrg..aku harus invisible kan diri
kalau nak tulis status merapu baik tulis kat twitter.haha
sebab kat twitter x rmi yg kenal aku..so nak merapu+mengumpat bknnya org tau kan?
cuma beberapa org je.haha

kajian membuktikan wanita lg giler fb.haha.include me ke?haha

Friday, March 11, 2011

menggedik di proton city





bergambar di Proton City
best kan?mcm kat kolej swasta je
sebelum neh kelas banyak kat Taman Universiti
tapi upsi x sewa dah 
sewa kat sini
walaupun jauh tapi puas hatilah
parking kete banyak..kelas pun selesa.fullt aircond lak tu.haha
siap ada kolam yg x leh mandi pun.hehe
pastu berlatarbelakangkan banjaran titiwangsa
sbb tu gi kelas pg2 kdg2 kabus tebal tu
tapi kena hati2 gak ms drive sbb duk bersaing dgn pekerja2 proton yg naik motor beramai2
maklumlah mmg kawasan proton pun
kalau tgk signboard tu tempat neh mcm tempat pameran je
sbb kat bwh tu ada showroom yg luas kat bwh
kafe?mmm lehlah.walaupun kdg2 mahal kdg2 murah plak.x tau
apapun best lah sbb mmg selesa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...