Wednesday, December 31, 2008

lantera timur-siti nurhaliza


fuh!hot betul lah hari neh.wp kadang2 mcm nampak nak hujan
panas ke hujan semua datang dr Allah.Syukur aku sebab duk kat Malaysia ni walaupun takde salji untuk dimain2 kecuali korg gi Genting lah,tetapi panas dan lembab sejuk sepanjang tahun membuatkan cuaca Malaysia agak seimbang.tapi dunia semakin panas..dahlah semakin panas dengan perubahan cuaca tetapi panas2 dengan sikap manusia yang sekadar menumpang di bumi Allah..lihatlah apa yg Israel lakukan pada rakyat Palestin??sangat kejam.ah!rakyat Malaysia pun apa kurang bunuh orang sana sini macam nyawa tu dia yang punya..

er..actually aku nak review pasal album ct sebenarnya.hehe.wei!i love this album very much.bukan sebab dia artis kegemaran aku but kerana dengar album dia aku jatuh hati dengan irama tradisional sebenarnya.sebab tu kwn2 aku gelarkan aku old timer.hehe.so sementara aku siap download citer ghost better aku isikan masa lapang aku yang makin kurang neh dengan sedikit ulasan mengenai album ct terbaru LANTERA TIMUR.

apapun sebelum aku ulas,aku nak bg tau di sini aku bukanlah faham mengenai muzik.aku suka dgr lagu but bukan aku tau sangat jenis2 lagu.ok?

Lantera Timur

cover:superb!aku rasa inilah cover album ct yang paling cantik selepas prasasti seni.ala2 minah arab gitu walaupun tudung ct tak serupa tudung.hehe.booklet nya mmg cantik.x yah poster pun x apa.gambar2nya mmg cantik.pastu ada kaitan dengan lirik.mmg cantik.terpegun aku.apatah lagi datuk k kan?haha


Di Kayangan Kita

lagu ni dimulakan dengan mainan gambus(am i rite?).intronya agak slow sikit.liriknya unik dan best.nak kata minat lagu ni oklah.cuma x adalah nak repeat memanjang.hehehe.apapun vokal ct agak tggi dalam lagu ni.apapun best untuk dilayan.
3.5/5 bintang

Bintang Malam

aku suka sangat lagu ni.suara ct pun agak nakal.hehe.lagu ni ala2 muzik cina sikit.kalau wat tarian sapu tangan atau kipas pun leh kot.eh global tuh.muziknya unik.rasa mcm nak menari jer.hehe.serius!lagu ni mmg sedap bangat.siap ada bunyi ct gelak dan cengkerik gitu.
5/5 bintang

Cinta Ini

aku suka masa intro lagu ni.kedengaran agak misteri dan menggoda.haha.nasib baik ada bunyi seruling dan alat muzik tradisional sebab lagu ni agak kedengaran balada sikit.wp dicipta oleh komposer indon tapi takde dengar bunyi indon.maybe gubahan muzik oleh aubrey suwito menjadikan lebih kedengaran Malaysia.love dis song very much!
5/5 bintang

Ada Masa Mata

lagu yang agak ringan tapi sangat menarik.ala siam2 sikit dan ct bnyk bermain dengan vokalnya dalam lagu ni.lirik pun mudah difahami.aku suka lagu mcm ni sebab tradisional yang agak ringan
ni pun satu lagi lagu feveret aku.
5/5 bintang

Bulan Yang Mesra

sapa yang suka ala2 lagu Seri Mersing,Bunga Melor sesuailah.apapun walaupun terlalu tradisional lenggoknya tapi aku tetap suka.very classic and unic!nak buat lagu sebagai teman tido pun mmg lehlah sangat.
4.5/5 bintang

Seloka Budi

Di Taman Teman

Jelmakanlah Ayumu

Senyum Minang Manis

Rasa Antara Kita

(malam kang update balik)

Tuesday, December 30, 2008

adat hidup

Dah lama rasanya aku tak menulis kat blog aku neh.malas?huhu.mmg aku malas walaupun aku hari2 menghadap pc.takperlah selepas perut aku kenyang ni lehlah aku tuliskan sesuatu.aku ingat nak review album ct nurhaliza yg baru neh, tapi oleh kerana perut kenyang sgt so nak kuar ayat2 power(powerlah sgt..) takleh lagi

waaaaaa!mggu ni last aku berada di rumah dan beristirehat.huhu.sebab sabtu ni aku akan kembali sebagai pelajar sem 3 wooo!cepat kan masa berlalu.sebab tu aku kata 4 tahun x lama bg kami yg belajar ni sebab dengan tugasan dan kuliah yg padat rasa tak terkejar masa.lagipun kalau dikiranya sebenarnya aku belajar 2 tahun setengah jer.x caya.ok dlm setahun kan ada 2 sem.satu sem ada cuti sebulan dan satu sem lagi 2 bulan.sp 2+1=3 bulan x 4= 12 bulan iaitu setahun.hah!setahun jer dah dikira cuti tau.so tinggal 3 tahun.3 tahun lak tolak satu sem sbb praktikal tggl 2 tahun setengah.hah!betul x?hehe.apapun aku x kisah yg penting pengajian aku tamat dengan cemerlang.

alhamdulillah..keputusan aku ok cuma jatuh sikit berbanding sem lepas.adalah juga beberapa subjek aku x puas hati.yelah final aku rasa senang.ish..kecewa gak.tapi aku harus kuat sebab sem depan lagi bnyk cabaran.yelah wei..dengan takdenya study week sakit woo.sedangkan hak student tuh.so aku kena didik diri aku ni agar study awl dan bukan last minute.ye ker?hehe

sem depan juga aku akan menyewa rumah dengan sahabat karibku di UPSI.nak difikir balik mmg lagi baik tggl kat hostel cuma dr segi membuat tugasan lagi mudah aku rasa kalau aku sewa umah.leh masak sama2.hehe.kalau rajinlah.mcm2 dan aku beli dan dibelikan.thanks dear..

oh yer tahniahlah kepada mawi dan ekin kerana sampai juga ke jinjang pelamin.yelah mcm2 fitnah diorg kena.tapi ms kawin mcm2 kontroversi aku dengar.antaranya isu wartawan dihalang masuk ke masjid.nasihat aku kepada yg lain2 yg nak bg hak eksklusif (camana nak eja yer?), kalau nak majlis tu lebih bersifat esklusif, janganlah buat kat masjid.kenalah pk masjid kan hak awam bukannya hak ekslusif mana2 pihak.ni nak masuk kena pakai tag ke?ish.jgn plh masjid tapi pilih tempat yg bukan tempat awm.tempat mana?pandai2lah cari sendiri.
perkahwinan ni satu perkara yang mulia dan secara peribadi aku rasa satu kesilapan mawi bg hak besar tu kat astro.yelah hal kawin pun nak kena sms ke 32999 ker?hai..mmg raja sms betul..

oklah malam kang kalau aku rajin aku nak review album terbaru ct.sebagai intro ingin aku nyatakan yang aku sangat puas hati dengan album ini.

Friday, October 31, 2008

~hati seorang wanita~

Segala puji hanya bagiMu Tuhan
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku…..
Si tulang bengkokYang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.

Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, UbudiyyahAkal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!
~zaujah_mutiara~
(diambil dari http://mencari_sinar.blogspot.com/2005/08/bicara-hati-seorang-wanita-fasa-1.html)




Ramai yang berkata hati seorang wanita itu misteri..
Wajah terpapar keceriaan tapi jauh di lubuk hati terusik jua naluri kewanitaan. Diri diuji dengan dugaan namun kekuatan dan ketabahan jadi sandaran.

Walaupun aku dihimpit dengan dugaan peperiksaan yang bakal menjelma, namun ingin rasanya aku lakarkan sedikit coretan jiwa yang selalu bermain di minda ini. Kesabaran dan kekuatan yang aku kumpul selama ini, ada kalanya tidak tertanggung rasanya. Namun untuk mengalah jauh sekali kerana bukan mudah ku temui permata berharga ini. Ya Allah..hambaMu ini lemah namun aku pohon kepadamu..Kau datangkanlah kekuatan jiwa ke dalam hatiku, agar kasih ini tidak sehingga melupakanMu..Andai dia jodohku kau dekatkanlah kami..Jika tidak kau kuatkan hati kami agar menerima takdirMu dengan hati yang redha..

Kepada teman-teman yang disayangi..semoga peperiksaan kali ini menjadi satu titik berharga untuk kita terus maju ke hadapan

Tuesday, September 02, 2008

kenangan Bait Al Amin
















Selamat datang Ramadan. Syukur sebab kita masih sempat menyambut Ramadan tahun ini dan bersyukur kerana sambut dalam keadaan yang aman dan selesa. Camanalah orang2 kat sana yg puasa dalam keadaan serba kekurangan dan ketakutan kan?syukur aku walaupun tak mewah mana namun rezeki masih ada.

Bermula Sabtu sehinggalah Isnin aku berada di rumah anak yatim di Bait Al Amin dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami bertolak petang dalam kul 3 mcm tu dan sampai di sana dalam kul 6 gak. Kami disambut adik2 yg cukup ramah. Malam tu kami wat ice breaking. Ada yang malu2 dan ada yang hiperaktif. Tapi mereka cukup menyenangkan…seronok sangat aku berada di sana.

Paling aku tersentuh hati masa mereka nyanyikan lagu tentang ayah dan ibu, mengalir air mata aku.dahlah aku mc waktu tuh.nak x nak aku kenalah kawal hati dan perasaan aku.Ntahlah hati aku sayang sgt kat diorg dan aku bersyukur kerana Allah makbulkan impian aku untuk bersama-sama dengan mereka.

Mereka mungkin tiada masalah untuk makan kerana aku lihat banyak hati2 mulia yang tak putus2 menghulurkan bantuan. Namun aku lihat mereka inginkan perhatian dan kasih sayang dari orang lain. Dari riak wajah mereka aku tau betapa mereka suka kami ada di sana. Tapi sayang..masa itu tidak panjang.Takpelah dik..ada rezeki kami datang lagi ya..

Tersentuh aku bila aku ckp belajar rajin2 adik2 tu ckp x nak sebab kakak nak balik dah.huhu. Pastu ada yg suruh aku datang lagi.Aku ni dahlah sensitif. Manalah hati aku tak tersentuh..mengalir air mata aku..

Rasa insaf aku melihat mereka dan aku doakan adik2 di sana belajar rajin2 dan capai kejayaan..Kekurangan bukan halangan tapi satu ujian utk jadikan kita lebih tabah.Rindunya kat diorg!

Saturday, August 30, 2008

hari kemerdekaan kian tiba..


wah!dah lamanya aku tak update.setiap kali aku buka mesti aku malas tul nak menaip.ish mehlah aku luang masa skit menaip kat laman web kesayangan aku neh

mggu neh busy sangat2.maklumlah nak uruskan hal program hubungan etnik aku tuh.banyak tul benda nak kena settle.nak rehat pun mcm tak sempat jer.ditambah lagi dengan assignment yang nak kena anta mggu depan.sempat ke haku neh.ish!hopefully sempatlah..dah taip sikit dah.neh idea x mo kuar2 neh.kuarlah dikau...hehe

oh ye skrg kat kolej kediaman aku meriah tul dengan pelbagai aktiviti sempena nak merdeka neh.paling best diorg sibuk buat bendera Malaysia dengan gunakan tempurung kelapa.masuk malaysia book of record lagi.bangga aku sebagai warga KHAR walaupun aku tak tolong.hehe.bukan apa betul2 x sempat ar.banyak tul urusan hubungan etnik aku neh.takpelah..tahniah lah pada mereka2 yg bertungkus lumus buat bendera neh.aku duk kat tingkat 8 nampaklah betapa cantiknya bendera tuh...

tadi pas makan jalan2 jap kat kawasan jualan sekitar kolej.dapatlah ambik gambar sekeping dua.hehe.syok tul suasana mcm neh.meriah!




pandangan dari atas.cantik kan?



bersama teman2 karib di sini..

Wednesday, August 20, 2008

hipokrit!

Salam..hari ni aku nak menulis dalam bentuk lain boleh?
menulis mengenai persahabatan...dalam dunia ni ada 2 jenis sahabat.ada yang masa senang bersama tetapi bila susah ntah ke mana.yg kedua sanggup setia walau ditimpa musibah,kasih seorang sahabat tetap utuh..

namun senang ke mencari seorang sahabat seperti yang kedua?ah..ms perlukan kita manisnya muka..enaknya tutur bicara.namun bila bencana melanda diri,mana pergi keikhlasan seorang sahabat?bukankah saat ini kita perlukan sahabat utk kita luahkan kata hati utk disandarkan bahu menenangkan diri

ah!aku benci dengan manusia talam dua muka atau hipokrit ini!benci!kenapa bila diri ada masalah,mereka yang mengaku "kawan" menyembunyikan diri dengan alasan tidak mahu masuk campur?atau dengan alasan takut jd mangsa?ah betapa hinanya manusia ini..

aku sedih dgn masyarakat di sekelilingku skrg..mana pergi sahabat2.hanya kerana kata dusta dan fitnah yang terucap dari bibir2 wanita durjana ini,semua hilang??lupa ke pd jasa empunya mangsa yang tak jemu2 menaburkan bakti seikhlas hati??kenapa perlu menjadi musuh dalam selimut?

aku sakit hati..apabila insan yang sangat aku sayangi menjadi fitnah orang seolah2 dia lah paling jahat di dunia..cerminlah diri dulu wahai manusia..apakah lengkap perilaku?lihat pd keluarga anda dulu sebelum lemparkan caci makian kepada kami..

kepada insan yang amat aku sayangi ini..bersabarlah sayang..Allah saja yang tahu kebenarannya..kita tggu dan lihat

Sunday, August 10, 2008

sekian lama..

salam semua..

dah lama rasanya jari ini tidak menari di papan kekunci ini dengan meloretkan isi hati yang dah lama aku kumpul.sedar tak sedar dah sebulan aku berada di kampus impian aku neh,di UPSI.ish dah jd senior dah haku.hehe.tapi baru sem 2.namun masa aku rasa tersangatlah pantas..ish..dengan tugasan yang makin menimbun..dan makin bertambah.ditambah lagi hujung bulan neh aku kena wat program di rumah anak yatim.aku teruja sebenarnya..dah lama aku simpan hasrat nak ke rumah anak yatim.,menyelami hati mereka dan alhamdulillah dengan izin Allah..melalui program Hubungan Etnik neh kami akan sampai ke sana..doakan semoga berjalan dengan lancar.sebab aku dengar cerita banyak masalah nak ke sana.entahlah..doakan niat murni kami dipermudahkan oleh Allah..

dan oleh kerana dah lama aku x "kemas" rumah aku neh,angah cakap rumah aku neh bersawang.ish..aku bukan malas tapi busy tul.ish.course aku neh yang terbanyak kredit di UPSI.ish..can u imagine?dgn x ada minor..tapi aku berharap semoga aku terus dikurniakan kekuatan.

tadi mcm bnyk idea nak aku coretkan tapi almaklumlah dah ptg2 neh,mcm xnak kuar jer.hehe
so nantilah aku bnyk idea aku tulis di sini lagi.

sayonara...

Saturday, July 05, 2008

sunway pyramid

asya dan angah posing seksi.ahaks!angah risau tul ngan earphone yg br dibelinya

aku dan adikku..

wei..rasa ar popcorn neh


model popcorn alaf baru.ahaks!
aku sangat penat skrg..later aku citer apa buat hari neh k??tgk jerlah gmbr neh



Monday, June 30, 2008

Semester Baru Buatku

Ahad neh tamatlah tempoh utk aku bersenang lenang.ahaks!yelah..next week dah start kuliah da.so aku harus pulang ke tempat asalku.er..not tmpt asal but tempat aku menuntut ilmu.sapalah roomate aku.adoi..hope aku dapat sekepala ngan aku dan kaki study.haha.psiko dapat rmate kaki study.baru aku rajin sikit.hehe

sem depan sem baru dan semangat juga harus lebih baru..doakan aku berjaya mencapai impian aku dan mendapat keputusan yg lbh2 cemerlang dan tidak mudah patah semangat.

sikit jerlah aku tulis malam neh.aku harus bersiap sedia coz jap lagi laki aku nak call.hehe

sayonara!

Wednesday, June 25, 2008

Resepi Hari Ini-Bergedil Ayam

Hari neh aku malas nak story lebih2.So aku nak kongsi resepi aku yg aku jumpa kat mana ntah dan ubah ikut idea aku dan mak.hehe.Makanan ini juga menjadi makanan kegemaran adik2 aku.x taulah napa.sedap kot.ahaks! tapi ni mmg makanan kegemaran since aku diploma kat batu pahat lagi.

Bergedil Ayam

Bahan2
Daging ayam kisar-korang beli yang Ramly (camana nak eja ek?) yg dah siap kisar tuh.
Kentang-dalam 6-7 biji.
Serbuk Lada hitam-ikut kesukaan.
Bawang Besar-dicincang halus2
Daun Sup-dihiris halus2
Sedikit Garam


Cara2

1. Kentang dihiris kecil2 dan digoreng sehingga separuh masak. Angkat dan sejukkan.

2.Dah sejuk korang tumbuk kentang tuh smpi hancur.

3.Lepas tu gaulkan kentang dengan semua bahan2 yg lain.

4. Buat dalam bentuk bulat2.Kalau leh jangan besar atau tebal sangat.kang tak masak dalam plak

5. Celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak yg banyak dan panas.

6.Pastu...makan!hehe



Itulah resepi yg aku buat selama ni.lain org maybe lain cara.tapi yg aku buat ni mcm nuget gak rasa.aku suka guna daging ayam berbanding daging.tapi ikut suka lah nak pakai yg mana.kentang tu aku goreng supaya nanti nak wat bulat senang.tak lekat.petua neh aku bc kat mana ntah.trylah.gerenti sodap!lagi satu kalau nak tahan lama simpan kat tempat beku.sebab bila aku simpan yg bukan tempat beku tu,jd basi plak.x tau napa

Nak tau camana rupa makanan neh?meh aku tempek gambar.tapi yang ni bukan aku punya.cuma aku tak sempat nak ambil gmbr yg aku buat sebab ada dalam fridge.tak goreng lagi!ahaks!
tadi aku frust sebab aku buat kuih vadai.tapi tak berapa jd..keras..dan masin..huhu.sedih neh.takpe..next time aku nak buat lagi baik!chaiyo!chaiyo!

Thursday, June 19, 2008

kenapa singgah kalau tak baca?

Salam..
akhirnya aku dah ubah dah sikit2 web aku bg lagi comei mcm aku.ahaks!terlebih sudaaaaaaaaaahh..saja jer aku add sikit2 supaya xlah nampak simple sgt.aku terjumpa laman web neh http://www.kao-ani.com/. bnyk tools yg best yg lebih mencomeikan blog aku.haha.kalau cikgu bm aku bc blog aku neh sure kena marah sebab merosakkan bahasa ini.hehe

dulu aku ada blog tapi aku buang.padan muka.haha.namun kerana tahap jeles aku pd asya kerana ada blog (hehe) maka aku dengan tak malunya (wat apa nak malu kan?) telah membuat blog balik.inilah diari aku..dulu aku rajin tulis diari sejak sekolah tapi selalu kantoi ngan mak.haha.smpi aku kena beli diari ada kunci.hehe.best2!bila aku sedih ke aku suka ke aku tulislah merapu kat dalam tuh.luahkan apa yg aku rasa.pastu bila dah lama berlalu aku makin malas nak menulis dah.hehe.bila aku bc diari comei aku balik mcm kelakar lak aku dulu.haha.tapi tulah..kenangan dan pengalaman mengajar aku lebih matang dalam hidup.itu semua warna kehidupan.ceh!bermadah pujangga plak haku neh.tapi kan andailah aku femes mcm siti nurhaliza kan baper lah juta harga diari tu aku akan dapat kalu aku jual?haha.perasan tul!

aku pagi2 dah bangun.biasa pas subuh aku titon balik tapi kerana bau nasi lemak yg sungguh menggoda menyebabkan kedietan aku tergugat.haha.rosak diet aku pg neh.so utk tebus kembali satu rumah aku kerjakan. i mean mengemaslah.aku suka kemas2 neh pastu smbl pasang lagu kuat2.haha.nasib baik mak aku sporting wp anak dia pg2 dah memekak dengan melontarkan vokal yg sungguh lunak merdu.haha.dahlah tu aku asyik pasang lagu kenapa singgah kalau tak masuk dr flava.kelakarkan tajuknya?tapi liriknya unik dan comei.hehe.aku suka lagu neh.nak lagu neh???

download>>>>>>> http://www.savefile.com/files/1617577

Lirik------->>> Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk-Flava

Jarang sekali terdengar bunyi
Ketukan di pintu hatiku ini
Kalau ada pun bila ku buka
Tiada siapa yang berada di luar

Tapi sejak dua menjak kini
Ku merasakan bagai ada tetamu
Tanpa dijemput sudi menjenguk
Pada waktu sepi menemaniku

chorus
Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku

Jarang sekali ku rasa rindu
Menantikan waktu untuk bertemu
Bisakah bersua walau seminit
Agar lahir peluang berterima kasih

chorus

Jarang sekali ku sebegini
Mengharapkan hati untuk diselami
Jangan biar fikiranku buntu
Memikirkan mimpi dalam jagaku


Tidak mungkin tiada di sini
kerna tiada siapa pernah kisah
akan aku tertanya ku siapa kamu
kenapa singgah kalau tak masuk
ke dalam hatiku

ke dalam hatiku........

Monday, June 16, 2008

About my family

Malam dah skrg cuma aku tak boleh nak pejamkan mata aku neh.tak taulah napa.pdhal dah dalam comforter neh.so apa lagi aku capailah my laptop aku neh.letak ke riba dan mulalah aku check apa yg patut.lama2 kan aku mcm dah bosan jer hadap internet.hehe.yelah mana x nya hari2 aku belek benda yg sama smpi dah naik muak plak.adoi.tapi bila x buka rasa rindu.haha.so camana yer?wat bodoh jerlah. malam yg hangat neh...ish mmg hangat lah skrg.nasiblah ada aircond neh.kalo tak mahu berpeluh aku.hehe..oklah aku sebenarnya nak citer about my family.nak citer semua sekali dalam family aku ramai sgt.so aku citer yg betul2 dalam family aku.ala..org panggil neh family jenis apa ek?hehe.aku pun x tau..
my abah

abah aku neh abah paling best di dunia.well semua org akan kata abah dia yg terbaik di dunia.betul x?abah aku tahun neh dah umo 54.bekerja di sebuah syarikat makanan multinasional.well..dulu pun aku pernah keje situ kejap.very harworking man!and workholic.tapi aku faham dia lakukan semua neh ut family kami.abah seorang yg sgt pentingkan pendidikan anak2.dulu masa kecik dalam sebulan sekali abah akan bw kami adik beradik ke kedai buku utk beli buku yg kami sukai.abah aku neh tak pernah pukul kami.seingat aku lah.cukuplah dengan tone suara dan pitching yg dahsyat utk menakutkan kami.haha.tomorrow abah aku ada interview utk membolehkan dia menjalani kursus dan membolehkan terus kerja smpi umo 65.gud luck abah..dan selamat hari bapa utk abah.u r the best father in dis world!

my mom

inilah mak yg sgt aku sayangi.nak citer pasal pengorbanan dia sgt bnyk.mak sanggup berhenti kerja krn nak menjalankan tanggungjawab mendidik kami.she is so special..maklah yg sanggup hantar kami ke mana2 dr sekolah sehinggalah ke tuition malah jika nak beli barang sekalipun.istimewanya mak aku neh dia sgt pandai masak.hehe.so aku ngah belajar ngan dialah neh.paling best mak buat nasi lemak,nasi dagang,laksam dan bnyk lagilah!malah mak aku neh tauke tapai.skrg tgh sibuk dengan tempahan dr hotel.jiran2 aku kat sini paling suka kuih tepung bungkus yg mak aku buat.selalu mak buat utk kenduri jiran2.letak kejap jer dah habis.hehe.aku pun mmg suka giler kuih tuh!hehe.thanks mak atas semua yg mak lakukan.mak lah ibu terbaik di dunia!luv u mom!

my sis-angah


huhu..inilah teman aku ketika aman malah ketika gaduh.haha.ingat lagi masa kecik kalu sehari x gaduh tak sah.aku pun x ingat apa puncanya.hehe.yelah..jarak umo kami setahun jer.so pemiiran lbh kuranglah.so aku x lehlah nak mainkan peranan sgt as sister pd dia.hehe.but dia bijak orgnya.lebih2 lagi tang akaun.korg ada masalah akaun refer to her.yg aku kagum dengan angah neh sebab dia friendly sebab tu mudah ramai kawan.x mcm aku.hehe.so kepada angah belajarlah elok2.2 tahun jer kat labuan pun.bukan lama sgt.dah habis nanti duk puas2 kat umah.hehe.congrate tu her sebab dapat anugerah dekan.aku?x taulah..tak tau apa khabarnya.hehe.dan satu lagi pesanan utk angah jom diet!haha.ops!satu lagi gud luck utk test driving this tuesday

my sis-asya


ini lagi sorg adik pompuan aku..dia pun bijak budaknya.skrg kat matrikulasi perak.homesick betul minah neh.be strong my sis..hidup mcm nehlah.cewaaah!adik aku neh gila2 gak budaknya.but tak gila lah.haha.sgt meminati artis korea dan yg sewaktu dgnnya.mana yg comei jer balak dia.haha.pastu suka tul ngan lagu korea mana ntah.penuh jer kat komp.dia neh mcm misteri sikit.hehe.mana x nya duk jer kat umah jer.aku risau kang jiran2 tak kenal dia.hehe.pesanan utk asya belajar elok2.kata nak gi korea.so inilah peluangnya.kenalah lbh serius k

my bro-arif


inilah satu2nya putera hati mak dan abah.bongsu lak tuh.manja ngalahkan pompuan jer.takmo tido sendiri.tu aku risau ngan budak sorg neh.tapi budak neh bijak ga.exam hari tuh dapat no 1.abislah abah terbang 500 kena beli ps 2 utk dia.ahaks!sgt suka dengan bola.tapi jrg lak aku tgk dia hadap tv layan bola.minat main jer kot.dia ni manja ngan aku.aku suka sgt usik dia smpi dia bengang ngan aku.haha.paling best cubit pipi dia.haha.but dia lah bodyguard aku yg baik.nak gi mana2 aku ajaklah dia teman aku.thanks my bro.belajar!jgn nak main game jer..

oklah..tulah my lovely family yg sgt aku sayangi.tanpa diorg tak bermakna hidup aku neh.ops!ada satu lagi ucapan happy anniversary(sesuai ker?)kepada aku dan abg ie ku.ahaks!sebab haru neh genap 4thn kitorg in love.ahaks!
oklah..time to sleep.see ya!

Wednesday, June 11, 2008

minyak oh minyak

salam..
terlintas kat fikiran aku nak tulis tentang minyak.masa pengumuman minyak naik masa tu kitorg kat kmpg.fuh!banyak tul naik ek.ish..betul2 memberi kesan kepada rakyat.bukan sahaja kepada pemandu kenderaan semata2 tetapi juga rakyat termasuklah aku sebagai seorang belajar.yelah b4 minyak naik neh aku rasakan betapa mahalnya makanan kat tanjung malim tuh.neh nak naik sem baru neh berapa lah agaknya harga makanan neh.ish..nampaknya aku kenalah berjimat cermat.takleh lah nak enjoy mcm dulu yg suka hati jer nak makan.ahaks!nampaknya aku bukan sahaja kena diet dr segi pemakanan tapi juga dr segi kewangan.ahaks!adoi..takpelah aku kenalah jdkan biskut dan roti as teman karibku dan juga buah2an.

tadi aku pas tgk jadual kuliah.ahaks!kelas aku setiap hari kul 8!adoi..mcm mana neh??aku dahlah lazy bin malas nak bangun pagi.hahaha.sem lepas aku rileks sikit sebab bnyk kelas ptg.takpe2 sebab sabtu aku tak diusik!haha.tu yg best.aku nak balik weekend pun senang.hehe.lbh2 lagi bulan puasa.lagilah aku nak balik.heheasyik pk balik jer.bukan nak pk kuliah.hehe.result tak kuar lagilah.angah dah dapat.napa u aku lmbt sgt neh.risau aku...ish..hope semua ok.

oklah guys..nak help my mom!daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, June 09, 2008

diet dan thai

salam..

today aku start diet balik.huhu.tersiksa fizikal dan mental aku.huhu.tapi nak slim balik punya pasal aku terpaksalah berkorban sikit.adoi.tulah..ms slim dulu xnak maintain pastu bila tgk gmbr muka kembang semcm dan suar pun dah kembali ketat,mulalah aku nak insaf.isk..isk...sedihnya.baju kurung aku yg dah longgar dulu dah ketat balik!so korg support lah haku k.hehe.kain 4 pasang yg aku beli pun aku nak jahit bila bdn aku dah slim balik.huhu.

sabtu malam lepas aku dan family gi makan bersama2.dah lama x kuar makan mcm ni.maklumlah bila makin besar masing2 makin bnyk urusan mcm belajarlah.yerlah semua dah jauh2 lbh2 lagi angah yg jd warga labuan yg tercinta.ahaks!kitorg gi restoran famous thai kat plaza shah alam seksyen 9.aku suka suasana restoran tu wp harga agak.....hehe

kitorg order mcm2 gak.meh aku ingat sikit2 kot.ikan kerapu masak stim,pastu special thai fried chicken,black pepper chicken,sayur apa ntah ngan cendawan,pastu paling penting tomyam dan sotong goreng tepung.aku suka tomyamnya.sedap wo!!!minum lak aku minum kelapa pandan.sedap gak ar.fuh!kekenyangan betul aku.malas nak citer.neh ada gmbr sikit..huhu



angah dan asya yg sgt kelaparan.tgk kacang pun jd geram.haha

taraa!!aku dan mak makan dengan jayanya.ahaks!

kekenyangan?hehe







Sunday, June 08, 2008

Pabila Aku Ke Kampung..

Salam..

dah lama aku x update blog kesayangan aku neh.mggu lepas bnyk gak benda yg terjadi.pastu semalam pun aku gi makan ngan family aku kat restoran famous thai.beeeeeeeeeeeeest!!huhu.oklah mehlah aku citer satu2.huhu

Ke kampung yg tercinta(apsal semua aku nak cinta neh?!) iaitu kelate (3jun 2008):

selasa(3hb 6 2008)

plan asalnya nak bertolak mggu lepas tapi kerana kerja abah yg jeles ngan kitorg so terpaksalah kitorg tunda.so hari yg dinantikan pun tiba.plannya lagi nak balik kul 6.so aku ngan mak x masaklah.tp tggu punya tggu kul 6 pun abah x balik lagi.aku ngan mak apa lagi gi lah pasar malam sambar nasi lemak ayam wat makanan malam tu.kul 7 abah balik.huhu.alamatnya..lepas maghrib baru kitorg gi.
fuh!beg aku mcm nak balik kmpg sebulan.haha.pdhal gi selasa malam balik jumaat pagi jer.ala..beg jer besar tapi bajunya sikit jer.leh caya ker?wakakaka.dengan doa dan lafaz bismillah,kami pun mulakanlah perjalanan ke kampung.aku suka suasana mcm neh.syok dapat balik kmpg.aku suka perjalanan jauh neh.x meletihkan.wah!mcm lah aku yg drive pdhal aku berdengkur je dalam kete.wakaka.pastu dekat 2am gak ar kitorg smpi ke gua musang.abah nak pekena kopi dan mee sup.alih2 aku jumpa member aku ms diploma it.dia mmg wat kedai kat situ.hehe.ceh!makin kurus dia.aku jer yg makin tembam.wakaka.thanks wani sebab belanja air hari tuh ;)
so dalam kul 4am lbh kami smpi kat kmpg abah,kg pek machang kelantan.aku smpi2 terus ambil wudhu dan solat isya pastu zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.takleh lama sgt sebab kul 6 aku solat subuh pastu pengsan balik.huhu

rabu(4 hb 6 2008).

aku bangun kul baper?cuba teka.dengan x malunya aku bangun kul 10.hahha.mmg pengsan.ala..bangun awal pun nak wat apa kan?nak wat bfast?gerenti dibeli.hahaha.nak tegakkan benang yg basah.haha.aku bangun2 jer kena ajar adik sepupu dia bi.haha.makcik aku neh pun bagilah aku cuci muka dulu ker makan dulu ker.hehe.tapi takpelah..aku suka jer.lagipun dia tanya satu soalan jer.aku bfast makan nasi ngan lauk smbl ayam.pakcik aku beli kat mana ntah.tapi sedap.huhu.kat kelate nih susah nak jumpa nasi lemak.selalu jual nasi kerabu,nasi dagang atau nasi berlauk.dalam kul 3pm mcm tu ke rumah belah mak plak.mcm nilah rutin aku dr kecil ulang alik sana sini.hehe.
smpi sana aku jumpa adik sepupu aku yg baru.mak ai!comel ya amat2!dahlah putih, rambut perang.paling aku suka mata dia!anak mata dia hitam bulat!comel sesangat.dahlah bukan jenis nangis.sukanya aku dapat main ngan budak comei neh.hehe.tapi dia tak suka dipegang atau didukung sgt.suka nak main kat bwh.ish geramnya aku tgk!

hari neh x banyak sgt benda yg dibuat sebab abah nak gi jenguk kebun dia ngan mak.so aku habiskan ms kat umah jer ngan nenek aku.malam pun aku tido awal.tido berjemaah kat luar.haha.i like!

khamis(5hb 6 2008).

awal2 pagi dah kena bangun dan bersiap utk shopping time!i like!aku mmg dah kumpul duit nak shopping pun.so smpi kat pasar siti khadijah apalagi aku sambarlah tudung2 idaman aku.haha.rambang mata aku tgk tudung2 neh.huhu.kalau aku x sedar diri yg aku neh student dah bnyk dah aku sambar.haha.so akhirnya aku beli 2 tudung putih yg ada batu2 tu,pastu baju kelawar ngan kain.cantik woooo!!pink gitu.punyalah belek smpi abah call sbb kitorg tak reti2 nak balik.hahaha.nak wat camana kan pompuan katakan.huhu.pas penat shopping baru aku rasa yg aku neh dahaga.haha.so aku pun belilah coconut shake.aku suka sgt air neh!but napa kat sini takde jual pun.sedap sebab ada aiskrim.sebab tu balik kmpg aku cr air neh.
pastu tgh hari kitorg balik umah nenek masaklah apa yg patut.sebab taknak makan kat luar pun.

pastu rehat2 jap dalam kul 3pm kitorg berjalan lagi.dahlah minyak naik hari tuh masih berjalan lagi.haha.kitorg gi bukit kluang gi pantai..cantiknya..nak jer aku mandi tapi bab2 nak tukar baju aku malaslah.lagipun ptg tu panas tul.so aku ngan mak dan angah duk posing jd model pantai.hehe.after that kitorg gi singgah makan kat restoran kat area machang gak.,sedap gak ar..pas makan lepak jap kat kg abah.rileks2 jap pastu balik kmpg mak.serius!aku penat giler!tapi disebabkan mak ngan nenek wat cendol tu yg mata jd segar semula.hehe

jumaat(6hb 6 2008)

balik time!ingat nak balik lmbt tapi disebabkan si asya tu nak balik(asyik nak balik jer minah neh.huhu) ditambah lagi depan umah aku sendiri ada kenduri.takkan nak balik lmbt kan.so kitorg bertolak awal gak ar..dalam kul 8am..sayanglah nak balik sebab x puas nak main ngan zahir.so cute!tapi apakandaya kenalah balik gak.huhu.balik2 angah jerit sebab dia check dia dapat dekan!fuh!terer giler.dalam adik beradik aku angah ngan asya mmg pandai.aku jer kureng sikit.tapi antara kami aku yg paling pandai masak!haha.jgn mare beb!nanti aku xnak buat begedil lagi.huhu.
tgn aku penatlah..ada citer lagi neh..nantilah aku smbg..meh aku tempek gmbr..

angah dan arif yg x sbr nak balik kmpg.huhu
tulah angah..dah tgk arif makan baru ko terliur.wakaka.neh ms kat rnr gua musang

my latest cousin,zahin.comei sesangat!!

aku dan pantai.huhu


Monday, June 02, 2008




Today is my besday!yg ke berapa?yg ke-23!!hehe.semakin dewasa umur aku rupanya.hahaha.agak2 aku makin matang tak.tapi aku bersyukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia sehingga ke hari ini..Alhamdulillah..

Selain tu aku juga nak ucapkan thanks kepada mak dan abah yg cukup sabar menjaga aku selama 23 tahun ini.mungkin ada tingkah laku yg kurang senang.thanks abah..mak!dan juga adik2 aku.korglah adik2 aku dan best friend aku!love u all!!

tak lupa buat teman2 yg tak pernah lupa diri.sayang korang!!dan!buat my "abg" yg sanggup menahan kesakitan semata2 nak belikan hadiah utk buah ati dia neh.abg buat ida terharulah..terima kasih kerana tahan dengan perangai awek abg yg kuat cemburu dan cepat merajuk neh.hehe

tahun ne takde celebrate pun.ala..mana pernah celebrate pun.dah besar kot.so tak pikirlah nak sambut pun.cuma diraikan dengan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah..

lusa aku balik kelate!korg nak kirim apa2 x?

Saturday, May 31, 2008


Hari neh aku paste beberapa citer lawak yg aku rompak dr forum kesayangan aku tuh.hehe.sila lah bc.manalah tau korg tgh dilanda gundah gulana.bolehlah ceriakan harimu..

Wanita cantik and seksi gitu

Seorangwanita cantik dan seksi terjatuh dari tingkat 80 sebuah bangunan .Sampai jer di tingkat 70, seorang lelaki Inggeris berjaya menyambutnya.
Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya…
Lelaki Inggeris: Sama², tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Inggeris: Tidur dengan aku….
Wanita: Tak guna, kau ingat aku pelacur?! Tidak!!
Lelaki Inggeris: Baiklah kalau begitu…

Lelaki Inggeris itu melepaskan semula wanita itu.Di tingkat 50, seorg lelaki Perancis berjaya menyambut wanita itu.

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya..
Lelaki Perancis: Sama-sama, tapi anda harus membalas budi..
Wanita: Bagaimana?
Lelaki Perancis: Tidur dengan aku…
Wanita: Tak guna!! Aku tak mahu!
Lelaki Perancis: Kalau begitu, tak guna aku selamatkan kamu…

Lelaki Perancis itu melepaskan semula wanita itu.Dari tingkat 50, 40.. dan 30, tidak ada sesiapa pun yang dapat menangkap wanita itu.Wanita itu mula ketakutan dan berharap, jika ada orang yangmenyelamatkannya, dia tidak lagi kisah jika terpaksa tidur dengan orangtersebut.Akhirnya di tingkat 20, seorang lelaki Arab berjaya menyambut wanita itu.Belum sempat lelaki Arab itu bersuara, wanit a itu terlebih dahulu berkata-kata…

Wanita: Terima kasih, anda telah menolong saya.. Sebagai membalas jasa, saya akan tidur dengan anda..
Lelaki Arab: Astaghfirullah… (lalu melepaskan semula wanita itukerana terkejut..)

Ajalmu belum tiba lagi....

Seorang pengembara di pendalaman Amazon tiba-tiba dikepung sekumpulan karnibal.
“Oo… Tuhan matilah aku,” bisik hatinya.
Tiba-tiba terpancar kilat cahaya dan terdengar suara bergema:
“Tidak anakku…, ajalmu belum tiba. Ambillah batu dekat kakimu itu dan pukul kepala ketua mereka yang berdiri di depanmu.”
Si pengembara itu pun mengambil batu dan menyerang ketua kumpulan
itu dan mengetuk kepala ketua itu sekuat hati sehingga mati.Dia berdiri di sisi mayat si ketua. Seketika kemudian 100 orang primitif itu mengepungnya dengan muka yang sangat marah atas kematian ketua mereka.Kilat dari langit itu muncul lagi dengan suara menggema:“hah, sekarang… baru ajalmu tiba anakku….”

Akibat Terlalu lama dengan kalkulator

ketika saya baru masuk ke lift, sorang wanita masuk dan menekan butang '2' dan kemudian butang '4', manakala saya lak menekan butang '18' untuk ke tingkat 18. lift pun naik la dan berhenti di tingkat '2', tp wanita tue tak keluar. kemudian lift berhenti pulak di tingkat '4', tp wanita tue pun tak keluar juga dan lift pun mula naik. maka bertanyalah saya pd wanita tue, "akak(sbb nampak cam tua dr saya) dah terlepas tingkat yg akak nak naik.." "ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.."tp td akak tekan butang '2' dan '4'" tanya saya lagi tak puas ati.. "astaga!!! nilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dgn kalkulator"sambil menggaru kepala...

Bil Telefon Melambung...

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.
Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.
Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.
Maid : Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!...



Friday, May 30, 2008

Just nak share kenangan sepanjang semester 1 di UPSI...malas nak menulis plak hari nih..

nih my roomate..tirah.ntah dapat satu bilik ngan dia atau tidak.tapi mmg best budak comei neh sebab kitorg sekepala.syoklah tirah dapat study sm2 kan.cepat tul ingat!

neh grup member aku ms wat projek kajian lapangan rumah tradisional Melayu Melaka.neh ms kat bukit godek.fuh!mmg cantik giler rumah neh.berdindingkan ukiran yg cukup indah.pastu sejuk jer wp tengah hari.kalau sapa2 nak tau ukiran apa ada kat situ lehlah email aku...


neh sebelah malamnya.kajian dah habis dah.cuma gi makan beramai2.sedap wo..aku makan sizzling yee mee.pastu pusing2 sekitar bandar Melaka jap before balik zzzzzzzzzzzzzz

grup kawad atau dikenali sebagai perkasa.hepi jer semua muka kan?bukan sebab menang tapi sebab dah habis koku utk sem 1.hehe

akhirnya berjaya juga aku mengubah template blog neh ikut kesukaan aku.eh punyalah dah lama aku tak tgk blog neh rupanya dah function yg blogspot tambah yang sangat memudahkan aku yg malas nak fikir2 coding.huhu.nanti aku nak tambah lagi.letak raining.huhu.

oh yer..tahniah buat kawanku Ayu yg dah selamat melahirkan baby gurl hari tuh.syoknya dah jd ibu.tak silap aku namanya Putri Nur Batrisya.ye ke ejaan nya ayu?jd mummy muda nampaknya.hehe

alang2 dah duk umah aku sekarang layan pc or tv.kalu tv aku cukup suka layan citer sindarela.nih antara lagu2 yg aku suka.yg muka depan page aku neh salah satu lah neh.sedap x lagu neh?lagu khabarkan dr luscious.very romantis.huhu.lirik lengkap aku tak jumpa lagi lah

luscious-khabarkan --->>
http://www.savefile.com/files/1580094

ku kabarkan pada sang langit
cintaku basah di tengah hujan lemas di tengah lautan
dan ku kabarkan pada sang angin
hentikan pukulan ombak agar cintaku mampu berenang
bawa cintaku ke pesisir pantai
biar cintaku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
kabarkan padanya
bawalah cintaku ke pesisir pantai
biar cintaku ke daratan kembali
agar dapat mengejar cintanya
cintaku mau akan dia

Monday, May 26, 2008

salam..inilah 1st post yg aku tulis selepas blog lama aku dibuang dengan kejamnya oleh aku.ahak!why aku buang?lonnnnnnnnnnnnnnnng story ma..menyesal ada gak sebab aku tak simpan code blog aku dulu!!!blog aku dulu nak kata cantik takdelah but for me ada nilai kenangan tuh..but lupakanlah.so i will update my blog with a new look.hope so!ahaks!.

now aku bercuti dengan riangnya di rumah.yaaa..sometimes ada bosan gak but bila masa lagi aku nak buang masa begini.huhu.mesti ada yg cakap napa x nak keje.huhu.baik aku cakap jujur..aku bukan artis yg pandai cover line.so jawapannya aku malas.baik aku tolong mak dan temankan dia.yelah..selepas ini kat sweet home neh akan tinggal 3 orang sahaja.aku ke upsi,angah ke ums dan asya plak di matrikulasi gopeng.so semua akan berjauhan.but asya sudah ke sana.mcm manalah dia ek?hehe.sis..apapun katakan org just buat yang terbaik ok.yg na belajar ko not org lain.ok dear?

ok apa aku nak bebel petang2 yg sejuk ini.let me introduce myself..call me ida.full name?tgk je kat profile.ahaks!i love writing but now ntah napa angin malas datang.nih tgh ada mood so menulislah.aku ni happy orgnya tapi ada angin tsunami datang aku leh moody gak.aku takdelah sampai nak marah smpi nak maki hamun org but just diam and memasamkan muka.ahaks!so ugly!

petang2 yg sunyi neh tetiba aku nak google baju tunang.ahaks!why ya?bertunang sekarang?not now..banyak lagi halangan sebenarnya.but aku tak nafikan aku nantikan saat itu.aku tak rasa aku "gatal nak menikah".ahaks!bagi aku benda neh lumrah kehidupan seorang wanita sebenarnya.siapa yg tidak mahu menjadi seorang isteri dan ibu..tapi life neh so complicated..wanita skrg x mcm dulu and perlu ada something sebagai simpanan ms depan.adakah anda setuju dgn sy?huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...