Bergedil Ayam
Bahan2
Daging ayam kisar-korang beli yang Ramly (camana nak eja ek?) yg dah siap kisar tuh.
Kentang-dalam 6-7 biji.
Serbuk Lada hitam-ikut kesukaan.
Bawang Besar-dicincang halus2
Daun Sup-dihiris halus2
Sedikit Garam
Cara2
1. Kentang dihiris kecil2 dan digoreng sehingga separuh masak. Angkat dan sejukkan.
2.Dah sejuk korang tumbuk kentang tuh smpi hancur.
3.Lepas tu gaulkan kentang dengan semua bahan2 yg lain.
4. Buat dalam bentuk bulat2.Kalau leh jangan besar atau tebal sangat.kang tak masak dalam plak
5. Celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak yg banyak dan panas.
6.Pastu...makan!hehe
Itulah resepi yg aku buat selama ni.lain org maybe lain cara.tapi yg aku buat ni mcm nuget gak rasa.aku suka guna daging ayam berbanding daging.tapi ikut suka lah nak pakai yg mana.kentang tu aku goreng supaya nanti nak wat bulat senang.tak lekat.petua neh aku bc kat mana ntah.trylah.gerenti sodap!lagi satu kalau nak tahan lama simpan kat tempat beku.sebab bila aku simpan yg bukan tempat beku tu,jd basi plak.x tau napa
Nak tau camana rupa makanan neh?meh aku tempek gambar.tapi yang ni bukan aku punya.cuma aku tak sempat nak ambil gmbr yg aku buat sebab ada dalam fridge.tak goreng lagi!ahaks!
tadi aku frust sebab aku buat kuih vadai.tapi tak berapa jd..keras..dan masin..huhu.sedih neh.takpe..next time aku nak buat lagi baik!chaiyo!chaiyo!
0 komen:
Post a Comment