Monday, June 30, 2008

Semester Baru Buatku

Ahad neh tamatlah tempoh utk aku bersenang lenang.ahaks!yelah..next week dah start kuliah da.so aku harus pulang ke tempat asalku.er..not tmpt asal but tempat aku menuntut ilmu.sapalah roomate aku.adoi..hope aku dapat sekepala ngan aku dan kaki study.haha.psiko dapat rmate kaki study.baru aku rajin sikit.hehe

sem depan sem baru dan semangat juga harus lebih baru..doakan aku berjaya mencapai impian aku dan mendapat keputusan yg lbh2 cemerlang dan tidak mudah patah semangat.

sikit jerlah aku tulis malam neh.aku harus bersiap sedia coz jap lagi laki aku nak call.hehe

sayonara!

Wednesday, June 25, 2008

Resepi Hari Ini-Bergedil Ayam

Hari neh aku malas nak story lebih2.So aku nak kongsi resepi aku yg aku jumpa kat mana ntah dan ubah ikut idea aku dan mak.hehe.Makanan ini juga menjadi makanan kegemaran adik2 aku.x taulah napa.sedap kot.ahaks! tapi ni mmg makanan kegemaran since aku diploma kat batu pahat lagi.

Bergedil Ayam

Bahan2
Daging ayam kisar-korang beli yang Ramly (camana nak eja ek?) yg dah siap kisar tuh.
Kentang-dalam 6-7 biji.
Serbuk Lada hitam-ikut kesukaan.
Bawang Besar-dicincang halus2
Daun Sup-dihiris halus2
Sedikit Garam


Cara2

1. Kentang dihiris kecil2 dan digoreng sehingga separuh masak. Angkat dan sejukkan.

2.Dah sejuk korang tumbuk kentang tuh smpi hancur.

3.Lepas tu gaulkan kentang dengan semua bahan2 yg lain.

4. Buat dalam bentuk bulat2.Kalau leh jangan besar atau tebal sangat.kang tak masak dalam plak

5. Celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak yg banyak dan panas.

6.Pastu...makan!hehe



Itulah resepi yg aku buat selama ni.lain org maybe lain cara.tapi yg aku buat ni mcm nuget gak rasa.aku suka guna daging ayam berbanding daging.tapi ikut suka lah nak pakai yg mana.kentang tu aku goreng supaya nanti nak wat bulat senang.tak lekat.petua neh aku bc kat mana ntah.trylah.gerenti sodap!lagi satu kalau nak tahan lama simpan kat tempat beku.sebab bila aku simpan yg bukan tempat beku tu,jd basi plak.x tau napa

Nak tau camana rupa makanan neh?meh aku tempek gambar.tapi yang ni bukan aku punya.cuma aku tak sempat nak ambil gmbr yg aku buat sebab ada dalam fridge.tak goreng lagi!ahaks!
tadi aku frust sebab aku buat kuih vadai.tapi tak berapa jd..keras..dan masin..huhu.sedih neh.takpe..next time aku nak buat lagi baik!chaiyo!chaiyo!

Thursday, June 19, 2008

kenapa singgah kalau tak baca?

Salam..
akhirnya aku dah ubah dah sikit2 web aku bg lagi comei mcm aku.ahaks!terlebih sudaaaaaaaaaahh..saja jer aku add sikit2 supaya xlah nampak simple sgt.aku terjumpa laman web neh http://www.kao-ani.com/. bnyk tools yg best yg lebih mencomeikan blog aku.haha.kalau cikgu bm aku bc blog aku neh sure kena marah sebab merosakkan bahasa ini.hehe

dulu aku ada blog tapi aku buang.padan muka.haha.namun kerana tahap jeles aku pd asya kerana ada blog (hehe) maka aku dengan tak malunya (wat apa nak malu kan?) telah membuat blog balik.inilah diari aku..dulu aku rajin tulis diari sejak sekolah tapi selalu kantoi ngan mak.haha.smpi aku kena beli diari ada kunci.hehe.best2!bila aku sedih ke aku suka ke aku tulislah merapu kat dalam tuh.luahkan apa yg aku rasa.pastu bila dah lama berlalu aku makin malas nak menulis dah.hehe.bila aku bc diari comei aku balik mcm kelakar lak aku dulu.haha.tapi tulah..kenangan dan pengalaman mengajar aku lebih matang dalam hidup.itu semua warna kehidupan.ceh!bermadah pujangga plak haku neh.tapi kan andailah aku femes mcm siti nurhaliza kan baper lah juta harga diari tu aku akan dapat kalu aku jual?haha.perasan tul!

aku pagi2 dah bangun.biasa pas subuh aku titon balik tapi kerana bau nasi lemak yg sungguh menggoda menyebabkan kedietan aku tergugat.haha.rosak diet aku pg neh.so utk tebus kembali satu rumah aku kerjakan. i mean mengemaslah.aku suka kemas2 neh pastu smbl pasang lagu kuat2.haha.nasib baik mak aku sporting wp anak dia pg2 dah memekak dengan melontarkan vokal yg sungguh lunak merdu.haha.dahlah tu aku asyik pasang lagu kenapa singgah kalau tak masuk dr flava.kelakarkan tajuknya?tapi liriknya unik dan comei.hehe.aku suka lagu neh.nak lagu neh???

download>>>>>>> http://www.savefile.com/files/1617577

Lirik------->>> Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk-Flava

Jarang sekali terdengar bunyi
Ketukan di pintu hatiku ini
Kalau ada pun bila ku buka
Tiada siapa yang berada di luar

Tapi sejak dua menjak kini
Ku merasakan bagai ada tetamu
Tanpa dijemput sudi menjenguk
Pada waktu sepi menemaniku

chorus
Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku

Jarang sekali ku rasa rindu
Menantikan waktu untuk bertemu
Bisakah bersua walau seminit
Agar lahir peluang berterima kasih

chorus

Jarang sekali ku sebegini
Mengharapkan hati untuk diselami
Jangan biar fikiranku buntu
Memikirkan mimpi dalam jagaku


Tidak mungkin tiada di sini
kerna tiada siapa pernah kisah
akan aku tertanya ku siapa kamu
kenapa singgah kalau tak masuk
ke dalam hatiku

ke dalam hatiku........

Monday, June 16, 2008

About my family

Malam dah skrg cuma aku tak boleh nak pejamkan mata aku neh.tak taulah napa.pdhal dah dalam comforter neh.so apa lagi aku capailah my laptop aku neh.letak ke riba dan mulalah aku check apa yg patut.lama2 kan aku mcm dah bosan jer hadap internet.hehe.yelah mana x nya hari2 aku belek benda yg sama smpi dah naik muak plak.adoi.tapi bila x buka rasa rindu.haha.so camana yer?wat bodoh jerlah. malam yg hangat neh...ish mmg hangat lah skrg.nasiblah ada aircond neh.kalo tak mahu berpeluh aku.hehe..oklah aku sebenarnya nak citer about my family.nak citer semua sekali dalam family aku ramai sgt.so aku citer yg betul2 dalam family aku.ala..org panggil neh family jenis apa ek?hehe.aku pun x tau..
my abah

abah aku neh abah paling best di dunia.well semua org akan kata abah dia yg terbaik di dunia.betul x?abah aku tahun neh dah umo 54.bekerja di sebuah syarikat makanan multinasional.well..dulu pun aku pernah keje situ kejap.very harworking man!and workholic.tapi aku faham dia lakukan semua neh ut family kami.abah seorang yg sgt pentingkan pendidikan anak2.dulu masa kecik dalam sebulan sekali abah akan bw kami adik beradik ke kedai buku utk beli buku yg kami sukai.abah aku neh tak pernah pukul kami.seingat aku lah.cukuplah dengan tone suara dan pitching yg dahsyat utk menakutkan kami.haha.tomorrow abah aku ada interview utk membolehkan dia menjalani kursus dan membolehkan terus kerja smpi umo 65.gud luck abah..dan selamat hari bapa utk abah.u r the best father in dis world!

my mom

inilah mak yg sgt aku sayangi.nak citer pasal pengorbanan dia sgt bnyk.mak sanggup berhenti kerja krn nak menjalankan tanggungjawab mendidik kami.she is so special..maklah yg sanggup hantar kami ke mana2 dr sekolah sehinggalah ke tuition malah jika nak beli barang sekalipun.istimewanya mak aku neh dia sgt pandai masak.hehe.so aku ngah belajar ngan dialah neh.paling best mak buat nasi lemak,nasi dagang,laksam dan bnyk lagilah!malah mak aku neh tauke tapai.skrg tgh sibuk dengan tempahan dr hotel.jiran2 aku kat sini paling suka kuih tepung bungkus yg mak aku buat.selalu mak buat utk kenduri jiran2.letak kejap jer dah habis.hehe.aku pun mmg suka giler kuih tuh!hehe.thanks mak atas semua yg mak lakukan.mak lah ibu terbaik di dunia!luv u mom!

my sis-angah


huhu..inilah teman aku ketika aman malah ketika gaduh.haha.ingat lagi masa kecik kalu sehari x gaduh tak sah.aku pun x ingat apa puncanya.hehe.yelah..jarak umo kami setahun jer.so pemiiran lbh kuranglah.so aku x lehlah nak mainkan peranan sgt as sister pd dia.hehe.but dia bijak orgnya.lebih2 lagi tang akaun.korg ada masalah akaun refer to her.yg aku kagum dengan angah neh sebab dia friendly sebab tu mudah ramai kawan.x mcm aku.hehe.so kepada angah belajarlah elok2.2 tahun jer kat labuan pun.bukan lama sgt.dah habis nanti duk puas2 kat umah.hehe.congrate tu her sebab dapat anugerah dekan.aku?x taulah..tak tau apa khabarnya.hehe.dan satu lagi pesanan utk angah jom diet!haha.ops!satu lagi gud luck utk test driving this tuesday

my sis-asya


ini lagi sorg adik pompuan aku..dia pun bijak budaknya.skrg kat matrikulasi perak.homesick betul minah neh.be strong my sis..hidup mcm nehlah.cewaaah!adik aku neh gila2 gak budaknya.but tak gila lah.haha.sgt meminati artis korea dan yg sewaktu dgnnya.mana yg comei jer balak dia.haha.pastu suka tul ngan lagu korea mana ntah.penuh jer kat komp.dia neh mcm misteri sikit.hehe.mana x nya duk jer kat umah jer.aku risau kang jiran2 tak kenal dia.hehe.pesanan utk asya belajar elok2.kata nak gi korea.so inilah peluangnya.kenalah lbh serius k

my bro-arif


inilah satu2nya putera hati mak dan abah.bongsu lak tuh.manja ngalahkan pompuan jer.takmo tido sendiri.tu aku risau ngan budak sorg neh.tapi budak neh bijak ga.exam hari tuh dapat no 1.abislah abah terbang 500 kena beli ps 2 utk dia.ahaks!sgt suka dengan bola.tapi jrg lak aku tgk dia hadap tv layan bola.minat main jer kot.dia ni manja ngan aku.aku suka sgt usik dia smpi dia bengang ngan aku.haha.paling best cubit pipi dia.haha.but dia lah bodyguard aku yg baik.nak gi mana2 aku ajaklah dia teman aku.thanks my bro.belajar!jgn nak main game jer..

oklah..tulah my lovely family yg sgt aku sayangi.tanpa diorg tak bermakna hidup aku neh.ops!ada satu lagi ucapan happy anniversary(sesuai ker?)kepada aku dan abg ie ku.ahaks!sebab haru neh genap 4thn kitorg in love.ahaks!
oklah..time to sleep.see ya!

Wednesday, June 11, 2008

minyak oh minyak

salam..
terlintas kat fikiran aku nak tulis tentang minyak.masa pengumuman minyak naik masa tu kitorg kat kmpg.fuh!banyak tul naik ek.ish..betul2 memberi kesan kepada rakyat.bukan sahaja kepada pemandu kenderaan semata2 tetapi juga rakyat termasuklah aku sebagai seorang belajar.yelah b4 minyak naik neh aku rasakan betapa mahalnya makanan kat tanjung malim tuh.neh nak naik sem baru neh berapa lah agaknya harga makanan neh.ish..nampaknya aku kenalah berjimat cermat.takleh lah nak enjoy mcm dulu yg suka hati jer nak makan.ahaks!nampaknya aku bukan sahaja kena diet dr segi pemakanan tapi juga dr segi kewangan.ahaks!adoi..takpelah aku kenalah jdkan biskut dan roti as teman karibku dan juga buah2an.

tadi aku pas tgk jadual kuliah.ahaks!kelas aku setiap hari kul 8!adoi..mcm mana neh??aku dahlah lazy bin malas nak bangun pagi.hahaha.sem lepas aku rileks sikit sebab bnyk kelas ptg.takpe2 sebab sabtu aku tak diusik!haha.tu yg best.aku nak balik weekend pun senang.hehe.lbh2 lagi bulan puasa.lagilah aku nak balik.heheasyik pk balik jer.bukan nak pk kuliah.hehe.result tak kuar lagilah.angah dah dapat.napa u aku lmbt sgt neh.risau aku...ish..hope semua ok.

oklah guys..nak help my mom!daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Monday, June 09, 2008

diet dan thai

salam..

today aku start diet balik.huhu.tersiksa fizikal dan mental aku.huhu.tapi nak slim balik punya pasal aku terpaksalah berkorban sikit.adoi.tulah..ms slim dulu xnak maintain pastu bila tgk gmbr muka kembang semcm dan suar pun dah kembali ketat,mulalah aku nak insaf.isk..isk...sedihnya.baju kurung aku yg dah longgar dulu dah ketat balik!so korg support lah haku k.hehe.kain 4 pasang yg aku beli pun aku nak jahit bila bdn aku dah slim balik.huhu.

sabtu malam lepas aku dan family gi makan bersama2.dah lama x kuar makan mcm ni.maklumlah bila makin besar masing2 makin bnyk urusan mcm belajarlah.yerlah semua dah jauh2 lbh2 lagi angah yg jd warga labuan yg tercinta.ahaks!kitorg gi restoran famous thai kat plaza shah alam seksyen 9.aku suka suasana restoran tu wp harga agak.....hehe

kitorg order mcm2 gak.meh aku ingat sikit2 kot.ikan kerapu masak stim,pastu special thai fried chicken,black pepper chicken,sayur apa ntah ngan cendawan,pastu paling penting tomyam dan sotong goreng tepung.aku suka tomyamnya.sedap wo!!!minum lak aku minum kelapa pandan.sedap gak ar.fuh!kekenyangan betul aku.malas nak citer.neh ada gmbr sikit..huhu



angah dan asya yg sgt kelaparan.tgk kacang pun jd geram.haha

taraa!!aku dan mak makan dengan jayanya.ahaks!

kekenyangan?hehe







Sunday, June 08, 2008

Pabila Aku Ke Kampung..

Salam..

dah lama aku x update blog kesayangan aku neh.mggu lepas bnyk gak benda yg terjadi.pastu semalam pun aku gi makan ngan family aku kat restoran famous thai.beeeeeeeeeeeeest!!huhu.oklah mehlah aku citer satu2.huhu

Ke kampung yg tercinta(apsal semua aku nak cinta neh?!) iaitu kelate (3jun 2008):

selasa(3hb 6 2008)

plan asalnya nak bertolak mggu lepas tapi kerana kerja abah yg jeles ngan kitorg so terpaksalah kitorg tunda.so hari yg dinantikan pun tiba.plannya lagi nak balik kul 6.so aku ngan mak x masaklah.tp tggu punya tggu kul 6 pun abah x balik lagi.aku ngan mak apa lagi gi lah pasar malam sambar nasi lemak ayam wat makanan malam tu.kul 7 abah balik.huhu.alamatnya..lepas maghrib baru kitorg gi.
fuh!beg aku mcm nak balik kmpg sebulan.haha.pdhal gi selasa malam balik jumaat pagi jer.ala..beg jer besar tapi bajunya sikit jer.leh caya ker?wakakaka.dengan doa dan lafaz bismillah,kami pun mulakanlah perjalanan ke kampung.aku suka suasana mcm neh.syok dapat balik kmpg.aku suka perjalanan jauh neh.x meletihkan.wah!mcm lah aku yg drive pdhal aku berdengkur je dalam kete.wakaka.pastu dekat 2am gak ar kitorg smpi ke gua musang.abah nak pekena kopi dan mee sup.alih2 aku jumpa member aku ms diploma it.dia mmg wat kedai kat situ.hehe.ceh!makin kurus dia.aku jer yg makin tembam.wakaka.thanks wani sebab belanja air hari tuh ;)
so dalam kul 4am lbh kami smpi kat kmpg abah,kg pek machang kelantan.aku smpi2 terus ambil wudhu dan solat isya pastu zzzzzzzzzzzzzzzzzzz.takleh lama sgt sebab kul 6 aku solat subuh pastu pengsan balik.huhu

rabu(4 hb 6 2008).

aku bangun kul baper?cuba teka.dengan x malunya aku bangun kul 10.hahha.mmg pengsan.ala..bangun awal pun nak wat apa kan?nak wat bfast?gerenti dibeli.hahaha.nak tegakkan benang yg basah.haha.aku bangun2 jer kena ajar adik sepupu dia bi.haha.makcik aku neh pun bagilah aku cuci muka dulu ker makan dulu ker.hehe.tapi takpelah..aku suka jer.lagipun dia tanya satu soalan jer.aku bfast makan nasi ngan lauk smbl ayam.pakcik aku beli kat mana ntah.tapi sedap.huhu.kat kelate nih susah nak jumpa nasi lemak.selalu jual nasi kerabu,nasi dagang atau nasi berlauk.dalam kul 3pm mcm tu ke rumah belah mak plak.mcm nilah rutin aku dr kecil ulang alik sana sini.hehe.
smpi sana aku jumpa adik sepupu aku yg baru.mak ai!comel ya amat2!dahlah putih, rambut perang.paling aku suka mata dia!anak mata dia hitam bulat!comel sesangat.dahlah bukan jenis nangis.sukanya aku dapat main ngan budak comei neh.hehe.tapi dia tak suka dipegang atau didukung sgt.suka nak main kat bwh.ish geramnya aku tgk!

hari neh x banyak sgt benda yg dibuat sebab abah nak gi jenguk kebun dia ngan mak.so aku habiskan ms kat umah jer ngan nenek aku.malam pun aku tido awal.tido berjemaah kat luar.haha.i like!

khamis(5hb 6 2008).

awal2 pagi dah kena bangun dan bersiap utk shopping time!i like!aku mmg dah kumpul duit nak shopping pun.so smpi kat pasar siti khadijah apalagi aku sambarlah tudung2 idaman aku.haha.rambang mata aku tgk tudung2 neh.huhu.kalau aku x sedar diri yg aku neh student dah bnyk dah aku sambar.haha.so akhirnya aku beli 2 tudung putih yg ada batu2 tu,pastu baju kelawar ngan kain.cantik woooo!!pink gitu.punyalah belek smpi abah call sbb kitorg tak reti2 nak balik.hahaha.nak wat camana kan pompuan katakan.huhu.pas penat shopping baru aku rasa yg aku neh dahaga.haha.so aku pun belilah coconut shake.aku suka sgt air neh!but napa kat sini takde jual pun.sedap sebab ada aiskrim.sebab tu balik kmpg aku cr air neh.
pastu tgh hari kitorg balik umah nenek masaklah apa yg patut.sebab taknak makan kat luar pun.

pastu rehat2 jap dalam kul 3pm kitorg berjalan lagi.dahlah minyak naik hari tuh masih berjalan lagi.haha.kitorg gi bukit kluang gi pantai..cantiknya..nak jer aku mandi tapi bab2 nak tukar baju aku malaslah.lagipun ptg tu panas tul.so aku ngan mak dan angah duk posing jd model pantai.hehe.after that kitorg gi singgah makan kat restoran kat area machang gak.,sedap gak ar..pas makan lepak jap kat kg abah.rileks2 jap pastu balik kmpg mak.serius!aku penat giler!tapi disebabkan mak ngan nenek wat cendol tu yg mata jd segar semula.hehe

jumaat(6hb 6 2008)

balik time!ingat nak balik lmbt tapi disebabkan si asya tu nak balik(asyik nak balik jer minah neh.huhu) ditambah lagi depan umah aku sendiri ada kenduri.takkan nak balik lmbt kan.so kitorg bertolak awal gak ar..dalam kul 8am..sayanglah nak balik sebab x puas nak main ngan zahir.so cute!tapi apakandaya kenalah balik gak.huhu.balik2 angah jerit sebab dia check dia dapat dekan!fuh!terer giler.dalam adik beradik aku angah ngan asya mmg pandai.aku jer kureng sikit.tapi antara kami aku yg paling pandai masak!haha.jgn mare beb!nanti aku xnak buat begedil lagi.huhu.
tgn aku penatlah..ada citer lagi neh..nantilah aku smbg..meh aku tempek gmbr..

angah dan arif yg x sbr nak balik kmpg.huhu
tulah angah..dah tgk arif makan baru ko terliur.wakaka.neh ms kat rnr gua musang

my latest cousin,zahin.comei sesangat!!

aku dan pantai.huhu


Monday, June 02, 2008




Today is my besday!yg ke berapa?yg ke-23!!hehe.semakin dewasa umur aku rupanya.hahaha.agak2 aku makin matang tak.tapi aku bersyukur kepada Allah kerana masih dipanjangkan usia sehingga ke hari ini..Alhamdulillah..

Selain tu aku juga nak ucapkan thanks kepada mak dan abah yg cukup sabar menjaga aku selama 23 tahun ini.mungkin ada tingkah laku yg kurang senang.thanks abah..mak!dan juga adik2 aku.korglah adik2 aku dan best friend aku!love u all!!

tak lupa buat teman2 yg tak pernah lupa diri.sayang korang!!dan!buat my "abg" yg sanggup menahan kesakitan semata2 nak belikan hadiah utk buah ati dia neh.abg buat ida terharulah..terima kasih kerana tahan dengan perangai awek abg yg kuat cemburu dan cepat merajuk neh.hehe

tahun ne takde celebrate pun.ala..mana pernah celebrate pun.dah besar kot.so tak pikirlah nak sambut pun.cuma diraikan dengan rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah..

lusa aku balik kelate!korg nak kirim apa2 x?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...