Saturday, June 27, 2009
isnin cuti yg terakhir
yelah..masing2 sudah punya kerjaya tapi aku masih berjuang dgn buku,tugasan dan exam
namun..aku tau aku harus berusaha utk capai impian aku..better late than never kan
kdg2 aku pk aku ni sombong agaknya..sebab tu aku x rapat sgt dgn kawan2 sekolah
aku tak menyombong cuma ms sekolah aku agak pendiam dan x banyak berkawan sgt
bila aku sambung diploma barulah aku mula membentuk kumpulan aku sendiri.wepas i!rindu kawan2 diploma dulu.nad,mala,ekin,aza,mas,elly,yana dan bebudak kelas lain.semoga korg sentiasa happy dgn kehidupan korg skrg dan doakan semoga perjalanan hidup ida lancar seperti yang diharapkan..
sabtu lepas anta asya gi UPM.wah..ada juga yg dapat U dekat2.dulu angah kat UTM KL.bila kira2 balik mak dan abah dan 6x anta kami gi IPTA.huhu.aku kat KUITTHO (UTHM) dan UPSI.angah plak kat UTM KL dan UMS (abah anta kat airport je) dan asya plak kat Matrikulasi Perak dan UPM.syukur..kerana berkat doa mak dan abah kami dapat juga teruskan impian dan harapan keluarga utk ke menara gading..
so kepada asya..time to happy sebab dpt UPM dah hbs.skrg masa utk kita buktikan yang kita mampu utk buat mak dan abah tersenyum gembira kerana kejayaan anak2 dlm pelajaran. ..
best gak bilik asya.dahlah meja nya panjang pastu duk 2 org je dan bilik plg bwh.besar betul UPM tuh.mesti asya kurus dan slim pasni.haha
oklah..nak gi giant ngan mak..daaa
Friday, June 19, 2009
tekanan emosi hari ni
napalah harus jd sebegini???
Thursday, June 04, 2009
doakan kesejahteraan beliau
Sunday, May 31, 2009
syurga cinta
cantik gila baju neh!dan dia pun mmg cantik.btw dia pun bakal guru gak kan.mesti pelajar2 diam je tgk dia.yelah cikgu lawa.hehe.artis plak tuh
-------------------------------------------------------------------------------------
Saturday, May 30, 2009
ROS dan Kenangan Persekolahan..
napa aku pilih sekolah ni?pertama kerana dekat!yelah..dua mggu je kan.lainlah praktikum sem 8.kedua kerana ini sekolah lama aku..sekolah yang banyak mematangkan aku..melalui detik manis dan pahit di sini..yang menjadi satu stesen utk aku terus bergerak ke satu destinasi yang lebih mencabar..
sejujurnya lagi..masa hari pertama aku stress giler.huhu.sebab mcm blur and then takde keje.so aku rasa bosan.teringat ms 1st day aku keje kat nestle dulu, mcm nilah..bosan tau bila x ada keje.so apalagi,aku terus kumpulkan maklumat utk report, pastu pusing2 sekolah..mmm x berubah sgt.yg berubah
-dulu ada kolam kat taman sains.skrg dah x ada..dulu ingat lagi ikhwan hakim and the gang lah jaga.
-dulu dewan menyeramkan.haha.yelah..keadaan dewan dulu teruk.skrg dah ok dah
apapun aku gembira kerana dapat kembali di sini.terkejut aku tgk cikgu2 lama aku sebab diorg x berubah pun.serius!bkn bodek!maintain je.and still cun!yelah..7 tahun dah aku tgglkan sekolah.tapi ramai gak guru2 lama aku dah x ada.
yg bestnya cikgu2 ada yg kenal aku sebab aku dulu aktif masuk bahagian puisi, syair, sajak.hehe.aku dulu mmg aktif tapi aku bukanlah pelajar popular pun.cikgu2 je kenal.thanx cikgu sebab cam lagi anak murid cikgu.tapi cikgu2 ada gak x caya aku.yelah dulu aku pakai spec..skrg pakai gak cuma ms ROS aku pakai ctc lense.hehe
apa yg aku buat kat sekolah?meh aku list
1) kumpul maklumat ttg sekolah.
2) relief class
3)sembang.hehe
4)join sekaki wat persembahan sempena hari guru
cakap pasal persembahan..aku wakil utk unit bahasa.hehe.awal2 lagi cikgu halijah dah ajak.so join jelah.pastu x sangka kena menari agogo!aduhai..serius..aku x pernah menari di pentas ini.apatah lagi agogo!haiya..takpelah..bukan slalu kan?hari terakhir plak tuh.kelakar pun ada sebab aku mana reti!
and then aku menyanyi lagu puisi tajuk guruku.ala..tu pun aku amik dr lirik lagu "Lelaki".tukar beberapa perkataan je.lagu ni banyak kenangan sebenarnya.inilah lagu pertama aku nyanyikan di pentas ini ketika di tingkatan 5.tapi dulu diiringi dengan petikan gitar..ah..aku rindukan pentas ini..sebab tu aku rela utk join wp aku takut dianggap gila glamer.haha (sebab dua kali kuar pentas)
serius..aku rindukan pentas ini..ingat lagi masa form 1,aku beranikan diri masuk pertandingan membaca berita dan syair.pastu masa form 2, kelas aku buat lakonan yg best!.pastu kat pentas inilah aku membacakan sirah nabi ketika perhimpunan Isnin.di pentas ini juga aku dan rakan2 buat choral speaking smpi wat persembahan kat luar tau.pastu..pentas ini juga pernah membuatkan aku menangis kerana dimalukan..huhu..bila pk balik pentas inilah banyak membuatkan aku ditemani dengan kenangan2..aku rindu kenangan dulu.maaflah jika cikgu zubaidah neh gila glamer kejap hari tuh.haha
pastu aku rasa best sebab selama 5 tahun aku jd penonton tgk cikgu kat atas pentas.tapi hari jumaat yg lalu, aku di atas pentas sebagai guru (wp guru pelatih) bersama2 bekas2 guru aku!so sweet kan??? (adalah tu nak kata aku poyo.haha)
pas ROS ni kan ada beberapa perkara aku kena ubah.antaranya
1)aku harus belajar utk lbh garang lagi.haha
2)belajar lagi cara kawal kelas
apapun aku happy dapat buat ROS ni..dan paling happy dapat kenal kak adilah,kak faezah, kak chan dan kak zura yg best sgt.wp kenal dalam tempoh 2 mggu tapi cara kami mcm dah kenal lama.thanx atas kesudiaan bercerita pengalaman menjadi guru..dan juga buat guru2 di SMKS 24.cikgu2 mmg best!jasa cikgu takkan sy lupa
lain2 gambo tgklah kat http://profiles.friendster.com/cikida85 ya.malas nak upload.huhu
menggedik di Melaka
Monday, April 27, 2009
selepas satu sem

inilah budak2 umah aku..ops..yg tgh tu bukan ya..tu profesor aku,prof amir..hehe
(napa pipi aku semakin bulat.adoi)
Thursday, April 23, 2009
2 paper dan selesai.fuh!
hari ni selesai pun 2 paper lagi iaitu sosiologi pendidikan dan kaedah kuantitatif.huhu.paling tak suka 2 paper dlm 1 hari.dahlah esok killer subject gak, iaitu integriti nasional.tajuk mcm mudah kan?korg x tau betapa susah nak dpt markah drp pensyarah aku ni.td after kelas kitorg gi tgk carry mark subjek ni.aduhai..sikitnya..mmg susah nak dapat A.aku dah risau dah ni..aku bkn x study..cuma nak kena ingat bnyk ni.bukan sikit nak kena ingat.
so malam ni kenalah kerja keras sikit.after update my "baby" ni, aku harus ttp dis pc then bancuh neslo dan hadap buku!jgn main2 lg zubaidah!huhu.nsb baik dh buat short note dl..so senang sikit nak bc.aku ni jenis kena study smbl menulis, baru aku rajin..kalau setakat hadap..mulalah aku nampak bintang..bulan..dan akhirnya dunia jd gelap.hehe.faham2 lah sendiri ya..
td tak balik,lepak study kat library wp aku x suka.hehe.aku kureng sikit nak study kat library sebab aku bkn seorang yg setia pd satu tenpat sahaja.sekejap aku kat meja,sekejap kat katil..kalau kat library,aku kena sopan dan santun.huhu.takleh..takleh..
td my abg msg.dia ckp dia dpt offer syarikat lain..bestnya jd abg..semua suka nak kerja dia..tulah kalau ada skill dan talent, sure org cari.setakat ada ijazah tp takde skill wat apa..huhu (menasihati diri sendiri).for my laling,ida doakan abg hepi kat mana je abg keje yer.jgn tensen2 tau (dia x bc pun blog neh.hehe).
oklah..nak stoplah.,.rehat2 jap and then start study.daaaaaaaaaaa
Tuesday, April 21, 2009
habis dah satu paper
habis dah satu paper td..huhu.paper "pengguna dan kepenggunaan"
lega rasanya..tapi gilerlah.1 jam setengah sahaja!penat wo tangan ni nak menulis td.yelah..nak hurai dua soalan 40 markah dalam 1 jam setengah mmg memenatkan.syukurlah..aku sempat siapkan juga walaupun risau gak isi tak cukup.yg penting aku dapat tamatkan ayat aku dengan perkataan "kesimpulannya"
tadi aku jwb soalan pengguna dalam Islam dan tribunal tuntutan pengguna.risau gak aku nak jwb pengguna dalam Islam tuh.yelah melibatkan soal agama kan.dahlah en nizam tuh org agama gak.uish.dibuatnya aku salah tulis hadis jd firman.kan dua benda yg berbeza.tapi aku tawakal jer..aku dh buat yg terbaik.esok takde paper but lusa masaklah.bayangkan pagi,petang dan pagi esoknya ada paper.3 jam kredit plak tu.Ya Allah..kuatkanlah semangatku ini..
sikit je lg cik ida..
Monday, April 20, 2009
Friday, April 17, 2009
minggu terakhir
Thursday, March 26, 2009
berlakonlah plak!
oleh kerana mak tersayang suka bc blog anak2 dia, so aku rasa aku harus tulis setiap hari.biar mak tau yg anak dia ni belajar.hehe.mak..kakak belajar tau.tul ni..
td pg ada kelas usahawan.tapi x lah belajar cuma sibuk wat RP.ish..pening aku nak kira budget.tapi demi ilmu..cewaah!hehe.pastu meeting jap,daftar kursus..dan mcm2 lagilah.pastu mlm td ada kelas kuantitatif.biasalah kelas ni..sempoi jer.sejam je plak tuh
hah!part ni yg best nak citer,pas kelas kitorg ada latihan drama utk kelas masyarakat.kitorg wat adat makan melayua.x pasal2 aku jd mak kepada 8 orang anak.yg kelakar tu,aku asyik gelak jer.ish..aku x pandai berlakonlah.menyanyi dan bersyair aku oklah.berlakon?ish..failed!yg si bapa plak sesuka hati nak tukar dialog.mana aku tak gelak.but..ilang tensen jap td.mana x nya asyik gelak je.pastu nanti masa presentation nanti,kitorg masak.hehe.best tak?makan betul tu.nak masak apa yer?hehe
yelah..kenalah buat betul2.10 markah tuh.penentu hidup dan mati tuh.apapun semua diharapkan berjalan dengan lancar..dan happening!!!nantilah kalau pas presentation,ada gambo aku akan letakkan ya.ye mak..
oklah..continue cari bahan utk tugasan pengguna pulak
Wednesday, March 25, 2009
surat dari anak mak yang dah tak nakal..

diari student
minggu ni kurang stress berbanding minggu ni.yelah..aku kira2 minggu lepas ada 6 tugasan kena buat!termasuklah tarian dengan ujian usahawan.manalah x stress.lbh2 lagi tarian.jumaat mlm sabtu baru aku tau gerak asas.nasib baik 3 bunga jer.kalau bnyk,mati katak aku dibuatnya.tu pun mcm nak gler hafal step.tu pun nsb baik ada kwn2 yg tak jemu2 nak bg aku yg bengap ni faham.huhu.stress giler!
pastu td ada latihan drama utk kelas masyarakat.tak pasal2 aku pegang watak mak.hehe.ramai btl anak aku.ada 8 tu.haha.kitorg kena buat adat makan Melayu.camana adat makan sebenarnya.
minggu ni anta teori pengajian malaysia je.tapi!minggu depan nak kena anta Rancangan Perniagaan,pastu kaedah kuantitatif (x start lagi!), pengguna ngan integriti.huhu!masaklah mggu depan.so!cikida jgn main2 lagi!hehe.nampaknya pas final exam baru dpt balik.pastu rht2 jap kat umah,kena gi plak sekolah selama 2 minggu.huhu.best x?ada rancangan orientasi sekolah.huhu.kelakarlah plak.rasa mcm x ready jer nak gi sekolah wp hanya 2 minggu.kejutan tuh
for my mom..
biarlah apapun org nak fitnah atau caci kita.yg penting Allah tau hati kita..
k lah..nak sambung wat keje.daa...
Monday, March 09, 2009
salam maulidur rasul
indahnya pagi ini..walaupun sunyi..yelah ramai yang balik.aku ngan rmate jer terperangkap di Tanjung Malim.waaa!!!bukan aku x nak balik tapi tugasan yang berlambak telah mengikat kaki aku untuk stay dan wat keje!
uish!ada 9 lagi tugasan nak kena anta.belum lagi latihan tarian.ngan exam lagi.waaa!sem ni x ada study week tau.sadis betul aku rasa.dahlah tak study apa lagi ni.sibuk ngan tugasan yang x habis2.but aku kena cool..takleh gelabah dan tensen sgt. nanti semua keje tak menjadi..orang nampak je aku tenang.tapi dlm hati?sapa tau kan?aku redha.kan aku student.ala lagi berapa bulan je nak bermatian2.pasni 2 bulan cuti.hah!mati kutu lah kat umah.nak keje malas.ahaks!
aku masuk tarian?haha.mcm x caya je.yelah..dengan badan aku yang agak 'montok' ni sapa caya kan?tapi aku peduli apa.biarlah langkah sumbang atau mcm orang semput tapi aku nak belajar gak.ala..aku amik kokurikulum.aku mmg teringin nak belajar tarian tradisional.yelah..masa sekolah dulu aku mana leh masuk.kwn2 aku semua kecik2.aku je yg tinggi.so mana ada pakaian sesuai dengan aku.sadis betul.kalau aku jd cikgu, aku akan libatkan semua kategori pelajar tak kira tinggi, rendah, kurus ke berisi ke.janji minat dan ada usaha!cewah!semangat lak aku.tarian yg aku kena buat buat final nanti joget serampang 12.adoi!punyalah rancak lagu tu.mmg kena energetic.penat tau tarian tu.takpe!anggap satu cabaran.chaiyo!!
oklah..takleh amik masa yg lama di sini.,aku harus kembali menyiapkan tugasan aku yg bertajuk "obsesi masyarakat Malaysia terhadap fesyen dan kecantikan".best x tajuk aku?kalau dijadikan tajuk thesis best gak kan?
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
p/s:angah,hepi besday.besday ko kan hari ni.huhu
Saturday, January 03, 2009
waa!!nak kena balik ker?
waa!!esok nak balik hostel dah.1st time aku balik ari sabtu.hehe.bukan apa.aku kena buat bnyk benda ahad ni.nak kemas dan cuci rumah.barang2 aku lagi.dan nak kumpul mood utk study.takut gaklah.harap2 aku akan hadapi dugaan ni..malasnya nak balik!!!!!!!!!!!!
to angah..5 bulan jap jer.ko bz kanlah diri dengan study dan ur commitment sbg naib presiden HE 23(betul ker?).ala tak lama pun (senangnya aku cakap.hehe)
bilalah aku nak update review album ct neh?hehe.nantilah ya..ala..update pun bukan ada orang baca pun
Thursday, January 01, 2009
Wednesday, December 31, 2008
lantera timur-siti nurhaliza
panas ke hujan semua datang dr Allah.Syukur aku sebab duk kat Malaysia ni walaupun takde salji untuk dimain2 kecuali korg gi Genting lah,tetapi panas dan lembab sejuk sepanjang tahun membuatkan cuaca Malaysia agak seimbang.tapi dunia semakin panas..dahlah semakin panas dengan perubahan cuaca tetapi panas2 dengan sikap manusia yang sekadar menumpang di bumi Allah..lihatlah apa yg Israel lakukan pada rakyat Palestin??sangat kejam.ah!rakyat Malaysia pun apa kurang bunuh orang sana sini macam nyawa tu dia yang punya..
er..actually aku nak review pasal album ct sebenarnya.hehe.wei!i love this album very much.bukan sebab dia artis kegemaran aku but kerana dengar album dia aku jatuh hati dengan irama tradisional sebenarnya.sebab tu kwn2 aku gelarkan aku old timer.hehe.so sementara aku siap download citer ghost better aku isikan masa lapang aku yang makin kurang neh dengan sedikit ulasan mengenai album ct terbaru LANTERA TIMUR.
apapun sebelum aku ulas,aku nak bg tau di sini aku bukanlah faham mengenai muzik.aku suka dgr lagu but bukan aku tau sangat jenis2 lagu.ok?
Lantera Timur
cover:superb!aku rasa inilah cover album ct yang paling cantik selepas prasasti seni.ala2 minah arab gitu walaupun tudung ct tak serupa tudung.hehe.booklet nya mmg cantik.x yah poster pun x apa.gambar2nya mmg cantik.pastu ada kaitan dengan lirik.mmg cantik.terpegun aku.apatah lagi datuk k kan?haha
Di Kayangan Kita
lagu ni dimulakan dengan mainan gambus(am i rite?).intronya agak slow sikit.liriknya unik dan best.nak kata minat lagu ni oklah.cuma x adalah nak repeat memanjang.hehehe.apapun vokal ct agak tggi dalam lagu ni.apapun best untuk dilayan.
3.5/5 bintang
Bintang Malam
aku suka sangat lagu ni.suara ct pun agak nakal.hehe.lagu ni ala2 muzik cina sikit.kalau wat tarian sapu tangan atau kipas pun leh kot.eh global tuh.muziknya unik.rasa mcm nak menari jer.hehe.serius!lagu ni mmg sedap bangat.siap ada bunyi ct gelak dan cengkerik gitu.
5/5 bintang
Cinta Ini
aku suka masa intro lagu ni.kedengaran agak misteri dan menggoda.haha.nasib baik ada bunyi seruling dan alat muzik tradisional sebab lagu ni agak kedengaran balada sikit.wp dicipta oleh komposer indon tapi takde dengar bunyi indon.maybe gubahan muzik oleh aubrey suwito menjadikan lebih kedengaran Malaysia.love dis song very much!
5/5 bintang
Ada Masa Mata
lagu yang agak ringan tapi sangat menarik.ala siam2 sikit dan ct bnyk bermain dengan vokalnya dalam lagu ni.lirik pun mudah difahami.aku suka lagu mcm ni sebab tradisional yang agak ringan
ni pun satu lagi lagu feveret aku.
5/5 bintang
Bulan Yang Mesra
sapa yang suka ala2 lagu Seri Mersing,Bunga Melor sesuailah.apapun walaupun terlalu tradisional lenggoknya tapi aku tetap suka.very classic and unic!nak buat lagu sebagai teman tido pun mmg lehlah sangat.
4.5/5 bintang
Seloka Budi
Di Taman Teman
Jelmakanlah Ayumu
Senyum Minang Manis
Rasa Antara Kita
(malam kang update balik)
Tuesday, December 30, 2008
adat hidup
waaaaaa!mggu ni last aku berada di rumah dan beristirehat.huhu.sebab sabtu ni aku akan kembali sebagai pelajar sem 3 wooo!cepat kan masa berlalu.sebab tu aku kata 4 tahun x lama bg kami yg belajar ni sebab dengan tugasan dan kuliah yg padat rasa tak terkejar masa.lagipun kalau dikiranya sebenarnya aku belajar 2 tahun setengah jer.x caya.ok dlm setahun kan ada 2 sem.satu sem ada cuti sebulan dan satu sem lagi 2 bulan.sp 2+1=3 bulan x 4= 12 bulan iaitu setahun.hah!setahun jer dah dikira cuti tau.so tinggal 3 tahun.3 tahun lak tolak satu sem sbb praktikal tggl 2 tahun setengah.hah!betul x?hehe.apapun aku x kisah yg penting pengajian aku tamat dengan cemerlang.
alhamdulillah..keputusan aku ok cuma jatuh sikit berbanding sem lepas.adalah juga beberapa subjek aku x puas hati.yelah final aku rasa senang.ish..kecewa gak.tapi aku harus kuat sebab sem depan lagi bnyk cabaran.yelah wei..dengan takdenya study week sakit woo.sedangkan hak student tuh.so aku kena didik diri aku ni agar study awl dan bukan last minute.ye ker?hehe
sem depan juga aku akan menyewa rumah dengan sahabat karibku di UPSI.nak difikir balik mmg lagi baik tggl kat hostel cuma dr segi membuat tugasan lagi mudah aku rasa kalau aku sewa umah.leh masak sama2.hehe.kalau rajinlah.mcm2 dan aku beli dan dibelikan.thanks dear..
oh yer tahniahlah kepada mawi dan ekin kerana sampai juga ke jinjang pelamin.yelah mcm2 fitnah diorg kena.tapi ms kawin mcm2 kontroversi aku dengar.antaranya isu wartawan dihalang masuk ke masjid.nasihat aku kepada yg lain2 yg nak bg hak eksklusif (camana nak eja yer?), kalau nak majlis tu lebih bersifat esklusif, janganlah buat kat masjid.kenalah pk masjid kan hak awam bukannya hak ekslusif mana2 pihak.ni nak masuk kena pakai tag ke?ish.jgn plh masjid tapi pilih tempat yg bukan tempat awm.tempat mana?pandai2lah cari sendiri.
perkahwinan ni satu perkara yang mulia dan secara peribadi aku rasa satu kesilapan mawi bg hak besar tu kat astro.yelah hal kawin pun nak kena sms ke 32999 ker?hai..mmg raja sms betul..
oklah malam kang kalau aku rajin aku nak review album terbaru ct.sebagai intro ingin aku nyatakan yang aku sangat puas hati dengan album ini.
Friday, October 31, 2008
~hati seorang wanita~
Lantaran telah menjadikan daku seorang wanita
Dicipta dari tulang rusuk kiri Adam
Dengan seindah dan sebaik ciptaan
Daku…..
Si tulang bengkokYang KAU gubah dengan kekuatan perasaan
Mengatasi panjangnya akal fikiran, sebagai fitrah dan anugerah
Hasil doa seorang lelaki
Namun Ya Allah
Biarlah kejadianku memberi guna, bengkok yang ada manfaatnya.
Kiranya daku menjadi seorang isteri
Kurniakanlah padaku kekuatan
Menjadi tulang belakang seorang suami, seorang mujahid
Pengembang perjuangan disayap kiri
Diadun dengan kelembutan
Menjadi teman sejati, sahabat setia, penyejuk mata, pembina semangat dan penguat jiwa
Seanggun peribadi Saidatina Khadijah
Ketenangan baginda Rasulullah, utusan Allah.
Bebas jiwa dari belenggu keperempuanan
Yang memiliki sembilan nafsu
Merdeka dari kepentingan peribadi
Setulus Siti fatimah yang seringkali ditinggalkan suami,Saidina AliDihantar pemergiannya tanpa bertanya“Bila kan pulang?”
Disambut kepulangannya dengan penuh khidmat dan kemanisan
Bersulamkan kemesraan
Rumahtangga adalah syurga
Wadah suburnya CINTA ketuhanan, UbudiyyahAkal yang tunggal tidak dibiarkan
Hanya berlega dicelahan periuk belanga
Di sebalik lipatan lampin anak
Menjangkau kebangkitan Islam di alam sejagat
Menjadi pentadbir di sebalik tabir!!!
~zaujah_mutiara~
(diambil dari http://mencari_sinar.blogspot.com/2005/08/bicara-hati-seorang-wanita-fasa-1.html)
Ramai yang berkata hati seorang wanita itu misteri..
Wajah terpapar keceriaan tapi jauh di lubuk hati terusik jua naluri kewanitaan. Diri diuji dengan dugaan namun kekuatan dan ketabahan jadi sandaran.
Walaupun aku dihimpit dengan dugaan peperiksaan yang bakal menjelma, namun ingin rasanya aku lakarkan sedikit coretan jiwa yang selalu bermain di minda ini. Kesabaran dan kekuatan yang aku kumpul selama ini, ada kalanya tidak tertanggung rasanya. Namun untuk mengalah jauh sekali kerana bukan mudah ku temui permata berharga ini. Ya Allah..hambaMu ini lemah namun aku pohon kepadamu..Kau datangkanlah kekuatan jiwa ke dalam hatiku, agar kasih ini tidak sehingga melupakanMu..Andai dia jodohku kau dekatkanlah kami..Jika tidak kau kuatkan hati kami agar menerima takdirMu dengan hati yang redha..
Kepada teman-teman yang disayangi..semoga peperiksaan kali ini menjadi satu titik berharga untuk kita terus maju ke hadapan









